KUALA LUMPUR, 24 April (Hrkh) -"One Malaysia hanyalah satu pengulangan atau cetak rompak terhadap apa yang telah diperkenalkan sebelum ini."
"Saya melihat ini hanyalah pengulangan...bukan satu idea baru sebaliknya ditiru dan mengulangi apa yang diperkenalkan oleh Dr Mahathir dahulu iaitu konsep 'Integrasi Nasional',"jelasnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.
Tambahnya, konsep ini membawa maksud yang sama iaitu semua rakyat tanpa mengira kaum mempunyai hak masing-masing.
"Ia sama yang pernah dibawa Mahathir dan Abdullah. Tiada satu benda yang baru dibawa Najib.
"Kita lihat slogan-slogan ini akhirnya hanyalah pemaniskata yang tidak membawa apa-apa perubahan kepada rakyat dari sudut taraf hidup,"tegasnya. - mks.
0 comments:
Post a Comment