AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Friday, April 3, 2009

Najib perlu hormat konsep Persekutuan

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak kerana dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-6.

Sehubungan itu, beliau berharap Najib sentiasa menghormati konsep Persekutuan sebagaimana dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan 1956, terhadap hak-hak kerajaan negeri dalam hubungan dengan Kerajaan Persekutuan.

“Justeru itu, dasar-dasar baharu Perdana Menteri dan keputusan yang dibuat,

hendaklah tidak dipengaruhi perbezaan politik di peringkat Negeri yang berbeza daripada dasar-dasar di peringkat Persekutuan,” katanya.

Tan Sri Khalid dalam satu kenyataan hari ini berkata, hubungan antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan memang dilihat agak aneh di Malaysia, namun begitu konsep sedemikian berjaya dilaksanakan di negara-negara Komanwel lain yang maju seperti Australia, Kanada, New Zealand dan India.

Dalam aspek ekonomi, beliau menjelaskan Kerajaan Negeri Selangor percaya tugas utama dan terpenting Najib tentunya untuk mengurus ekonomi Malaysia dengan baik dan menghalang impak kegawatan.

Beliau mendoakan semoga Najib dapat mentadbir urus negara dengan lebih adil dan profesional.

“Secara peribadi, saya percaya Najib mempunyai permulaan yang baik sebagai perdana menteri kerana kerjaya beliau dipayungi legasi ayahnya, Allayarham Tun Abdul Razak Hussein, Perdana Menteri Ke-2, yang banyak berjasa terhadap pembangunan Malaysia,” kata Tan Sri Abdul Khalid.


Sumber: tvantara.com

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009