AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Thursday, March 26, 2009

Waran tangkap bekas kekasih exco S'gor

25-03-2009

Polis Kuala Lumpur mengeluarkan waran tangkap ke atas bekas teman lelaki exco Selangor, Elizabeth Wong kerana gagal tampil membantu siasatan berhubung penyebaran gambar separuh bogel ADUN tersebut.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur berkata polis tidak akan berkompromi dengan Helmi Malek selepas memberi tempoh masa yang
mencukupi kepadanya untuk hadir, lapor Bernama.

"Helmi sendiri tahu keterangannya diperlukan polis bagi membantu siasatan kes ini, namun dia masih tidak muncul," Datuk Abdul Samah Mat dipetik berkata.

"Surat perintah (Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah) yang dikeluarkan terhadap Helmi sepatutnya tamat tempoh pada 19 Mac lalu tetapi polis masih lanjutkan beberapa hari lagi.

"Kita tidak akan berkompromi lagi."

Bercakap kepada media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur hari ini, Abdul Samah berkata polis sama sekali tidak akan memberi kelonggaran lagi kepada Helmi.

Pemuda itu dipercayai berada di Batam, Indonesia walau sudah memaklumkan hasratnya untuk pulang ke Malaysia bulan depan.

Ketika ditanya kemungkinan Elizabeth akan dipanggil semula untuk memberi keterangan tambahan, Abdul Samah berkata polis akan berbuat demikian jika perlu.

Menurut agensi berita itu, sejak kes gambar separuh bogel Elizabeth tersebar di Internet bulan lalu, Helmi satu-satunya individu yang dicari polis tetapi tidak dapat dikesan.

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memaklumkan cuti Elizabeth selama sebulan dilanjutkan lagi ke 15 April ini.

"Kerajaan negeri berpendapat keputusan ini adalah wajar memandangkan siasatan polis masih belum selesai.

"Keputusan hari ini juga telah mengambil kira perbincangan di antara menteri besar dan Elizabeth yang berlangsung Sabtu lepas," katanya.

"Kerajaan Selangor dengan ini memberi jaminan bahawa keputusan ini tidak akan menjelaskan sebarang urusan pentadbiran negeri."

Majlis mesyuarat kerajaan negeri juga memutuskan mengagih-agihkan tugas rasmi Elizabeth kepada beberapa ahli ezxco buat sementara seperti berikut:

bullet buttonPelancongan - menteri besar dan Teresa Kok,
bullet buttonHal ehwal pengguna - Ean Yong Hian Wah
bullet buttonAlam sekitar - Rodziah Ismail dan Dr Xavier Jayakumar

Tambah Abdul Khalid, kerajaan melantik Rodziah untuk memikul tugas-tugas kerja di DUN Bukit Lanjan.

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009