25-03-2009
SHAH ALAM: Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) hari ini telah membuat keputusan bagi melanjutkan tempoh cuti YB Elizabeth Wong (EXCO Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar) sehingga 15 April 2009.
Kerajaan Negeri berpendapat keputusan ini adalah wajar memandangkan siasatan polis masih belum selesai. Keputusan hari ini juga telah mengambil kira perbincangan di antara Dato’ Menteri Besar Selangor dan YB Elizabeth yang berlangsung Sabtu lepas.
Kerajaan Negeri Selangor dengan ini, memberi jaminan bahawa keputusan ini tidak akan menjelaskan sebarang urusan pentadbiran Kerajaan Negeri. Untuk itu, MMKN juga telah memutuskan tugas-tugas rasmi YB Elizabeth ditanggung beberapa ahli MMKN buat sementara waktu seperti berikut:
- Pelancongan - Dato Menteri Besar Selangor dan YB Teresa Kok,
- Hal Ehwal Pengguna - YB Ean Yong Hian Wah
- Alam Sekitar - YB Rodziah Ismail dan YB Dr Xavier Jayakumar
Kerajaan Negeri juga telah melantik YB Rodziah untuk menanggung tugas-tugas kerja YB Elizabeth sebagai ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan.
Sementara menunggu keputusan siasatan polis, Kerajaan Negeri menyeru kepada semua pihak supaya jangan membuat sebarang spekulasi bagi menghormati hak peribadi YB Elizabeth.
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR
TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
Sumber: selangorkini.com.my
0 comments:
Post a Comment