AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Saturday, March 14, 2009

Eksklusif: Perarakan Membantah PPSMI, Polis Bertindak Ganas Menyembur Water Canon Serta Gas Pemedih Mata, Masjid Negara Pula Di Serang

7 Mac 2009

Suasana perhimpunan dan perarakan membantah PPSMI hari ini pada awalnya dilihat seakaan tenang tanpa ada sebarang insiden yang mencemaskan. Krew kami berada di Masjid Negara sekitar jam 11.30 pagi. Ketika itu hanya kelihatan beberapa orang penyokong bantah PPSMI yang sudah tiba dan bersedia. Kelihatan juga beberapa orang individu mengambil kesempatan menjual cenderahati PPSMI seperti t-shirt, kain lilit kepala dan sebagainya. Di luar masjid suasana masih tenang seolah-olah tidak ada apa-apa yang akan berlaku. Kelihatan juga beberapa orang anggota polis sedang mengawal di luar pagar masjid. Sementara di dalam masjid juga masih tidak ramai rakyat yang hadir. Kami menyangka perhimpunan ini tidak mendapat sambutan dek kerana rakyat takut dengan tekanan yang bakal diberikan oleh pihak polis. Kami sempat bertemu dengan beberapa orang rakan dan peminat Pahang Daily Online dari utara. Mereka begitu teruja dapat bertemu dengan krew-krew kami, susulan kes saman Saiful Bukhari yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini. Kira-kira sejam kemudian, barulah kelihatan orang ramai mulai berpusu-pusu hadir dan memberi sokongan. Mereka kelihatan ceria dan begiti bersemangat untuk sama-sama berarak membawa memorandum bantahan PPSMI ke Istana Negera. Satu pengalaman paling ngeri dapat disaksikan ialah tindakan pasukan FRU yang membedil Masjid Negara dengan gas pemedih mata dan juga water canon adalah satu tindakan biadap yang tidak sepatutnya berlaku kepada "rumah Allah".


Kelihatan anggota FRU yang dipercayai menyerang Masjid Negara itu

Beberapa orang anak muda membersihkan kaca jam yang bertaburan

Inilah dia peluru gas pemedih mata yang dihalakan ke jam Masjid Negara

Ternyata pihak polis di Malaysia kini sudah terpengaruh dengan tindakan puak Yahudi di bumi Palestin. Rakyat hanya ingin berarak untuk menghantar memorandum kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulis Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, bukannya mahu berdemo tanpa tujuan. Bahkan program ini pun telah mendapat restu dan pekenan dari Istana Negara. Mengapakah polis bertindak zalim seperti itu tanpa menghirau rintihan dan suara rakyat yang tidak berdosa. Serangan FRU terhadap Masjid Negara menyebabkan jam di pintu masuk utama telah pecah terkena peluru gas pemedih mata. Sungguh teruja kamu melihat adengan ini. Serangan tersebut menyebabkan orang ramai bertempiaran lari ke dalam kawasan solat yang tertutup, gas pemedih mata menyebabkan berlaku kekecohan ketika itu. Ingatlah bahawa apa yang dilakukan itu dilihat oleh jutaan manusia dan umat Islam di seluruh dunia. Jika beginilah sikap yang ditunjukkan oleh mereka, maka amatlah malang Malaysia di gelar "negara Islam Hadhari" selama ini sebenarnya.


Seketika kemudian kelihatan bekas Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Hassan Ahmad dan Sasterawan Negara A Samad Said tiba. Ketibaan mereka disambut meriah oleh para penyokong yang sudah menanti untuk bergerak ke Istana Negara. Sebelum bergerak, para penyokong PPSMI bersolat Zohor secara berjemaah. Sebelum itu kelihatan Presiden PAS, Tuang Guru Hj. Abd Hadi Awang tiba dan disambut dengan laungan "takbir" oleh ramai penyokong PAS yang sedang setia menanti. Dianggarkan hampir 1,000 orang anggota unit Amal PAS yang bertugas untuk menjaga keselamatan dan memantau para penykong yang hadir. Selepas bersolat, mereka kemudian mendengar amanat daripada beberapa orang pemimpin dan aktivis bahasa. Selepas itu barulah perjalanan dimulakan. Ketika bergerak keluar dari pintu masjid, kelihatan beberapa anggota Polis Simpanan Persekutuan (FRU) mengepung. Namun halangan itu akhirnya berjaya dilepaskan. Ikuti rentetan perjalanan para penyokong bantah PPSMI dari Masjid Negera ke Istana Negara yang begitu "mendebarkan" tadi.


1.00 pm - Bekas Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Hassan Ahmad amat terharu dangan kehadiran lebih dari 200 orang yang menyokong perjuangan ‘Perhimpunan membantah pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris’ (PPSMI) pada ketika ini. Sementara itu ramai lagi yang dijangka akan tiba.


Beliau menyatakan perasaan terharunya kepada sekumpulan wartawan yang berkumpul di perkarangan Masjid Negara tengah hari tadi. Hassan berkata polis akan mengiringi rombongan beliau ke Istana Negara untuk memudahkan penyampaian memorandum tersebut. Sementara itu, aktivis seni HMI Mohamad Salleh Abu Bakar,74 yang juga bekas Setiasusaha Dewan Rakyat membacakan sebuah puisi bertajuk ‘Telinga satu Berlidah dua’ di hadapan anak-anak muda yang hadir menyokong perhimpunan hari ini. Kedengan laungan takbir oleh sekumpulan anak muda mengalu-alukan kedatangan Sasterawan Negara A Samad Said di perkarang Masjid Negara menuju ke barisan hadapan perhimpunan yang telah lama bersiap sedia untuk berarak. Beliau memulakan ceramahnya dengan berkata Bahasa Melayu dalam perlembagaan, tugas kita sebagai Negara merdeka 50 tahun untuk memastikan bahasa kita hidup untuk ilmu pengetahuan. Ucapan beliau itu penuh dengan semangat dan di iringi dengan tepukan serta laungan takbir oleh anak-anak muda yang hadir menyokong.


1.30 pm - Seramai 250 mahasiswa Cina memasuki kawasa perkarangan Masjid Negara membawa sepanduk ‘mansuhkan PPSMI’




2.30 pm - Hampir 50 ribu penyokong bantah PPSMI sedang menuju ke Istana Negara di ketuai oleh bekas Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Hassan Ahmad dan A Samad Said . Dalam hujan yang renyai-renyai, perarakan diteruskan dengan penuh semangat.



2.40 pm - Polis bertindak menembak gas pemedih mata walaupun ada kanak-kanak dalam perarakan tersebut. Kanak-kanak kecil dan warga emas menjadi mangsa gas pemedih mata polis. Perarakan diteruskan sehingga ke Jalan Syed Putra, kira-kira satu kilometer ke Istana Negara.

3.00 pm - Polis menembak meriam air kearah perarakan berdekatan Public Bank, Kelihatan helikopter berlegar-legar rendah di ruang udara. Perarakan tetap di teruskan dangan laungan ‘tentang PPSMI’.

Walaupun pihak polis menyekat perarakan tersebut namun penyokong tetap merempuh dan terus berjalan menuju ke Istana Negara. Perarakan tersebut telah sampai ke Bangunan Koperasi Polis. Kelihatan ketua Pemuda PAS pusat, serta wakil Ketua Angkatan Muda KeADILan dan Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan Badrul Hisham Shahrin juga berada di tengah-tengah asakan orang ramai yang menuju ke Matlamat mereka. Kenderaan yang lalu lang juga membunyikan hon masing-masing dengan berirama tanda memberi sokongan kepada penyokong bantahan PPSMI itu. Terdapat kekecohan di sini sana dengan pasukan polis yang cuba menghalang pergerakan. Dua buah bas yang membawa Orang Asli dari Tapah, Perak di tahan berdekatan Tol Damansara dan dibawa ke Balai Polis Sentul. Difahamkan Tok Batin dan isterinya sahaja dapat lolos ke Masjid Negara dengan menaiki kereta.

Sumber: Pahang Daily Online

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009