10 Mac 2009
Malah, Hishamuddin turut mengatakan bahawa "ada dalang" disebalik perhimpunan tersebut. Sedangkan dia tahu bahawa ia dianjurkan oleh Gerakan Memansuhkan PPSMI yang membentuk gabungan membantah PPSMI. Malah ia diketuai sendiri oleh Sasterawan Negara, A.Samad Said dan bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa Dan Pustaka Datuk Dr.Hassan Ahmad. Hishamuddin pasti mengatakan yang pembangkang mendalangi perhimpunan berkenaan. Sedangkan beliau sendiri tahu memang pemimpin pembangkanglah selama ini yang telah bertungkus lumus dan berusaha memperjuangkan isu ini. Maka itu sudah semestinya bila program ini diadakan, pemimpin terbabit akan berada di barisan hadapan. Kami dapat melihat kehadiran Ketua Pemuda PAS Pusat, Salehuddin Ayub, Exco PKR Pusat Chegu Bard serta lain-lain pemimpin Pakatan Rakyat. Malah, turut kelihatan ialah Presiden PAS, Tuan Guru Hj.Abd Hadi Awang yang turut hadir berarak serta menyampaikan amanat selepas itu. Kehadiran mereka ini semua serbenarnya bukan mendalangi, tetapi mereka sama-sama berjuang atas matlamat yang sama iaitu untuk menghapuskan dasar tersebut. Maka itu tidak timbul isu dalang-dalang atau sebaliknya.
Sepatutnya, pemimpin UMNO juga perlu hadir bersama-sama rakyat dalam memperjuangkan isu ini. Tetapi, kemana mereka pergi? Di kala rakyat jelata dihujani dengan gas pemedih mata dan semburan air berasid "water canon" ketika itu. Mereka semua ini sebenarnya berbangga dan melaung-laungkan kononnya membela orang-orang Melayu. Tetapi pabila bahawa Melayu diperlekehkan mereka menyepi dan mendiamkan diri. Malah, Menteri Pelajaran, Hishamuddin itu sendiri bercakap dalam Bahasa Inggeris ketika diwawancara oleh media. Sementara itu Gerakan Memansuhkan PPSMI menafikan didalangi pihak tertentu termasuk pembangkang dalam usaha gerakan itu membantah pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Datuk Dr Hassan Ahmad berkata apa yang berlaku pada perhimpunan membantah PPSMI Sabtu lepas adalah di luar bidang kuasa GMP dan "GMP menganggap mereka yang datang adalah untuk menyatakan sokongan mereka.Tiada dalang di sebalik apa yang berlaku, kami bukan wayang kulit yang dimainkan oleh tukang cerita yang datang sebagai penyokong, saya tak mahu dikatakan boneka, ia seperti menghina," katanya hari ini.
Sumber: Pahang Daily Online
0 comments:
Post a Comment