SHAH ALAM - Angkatan Muda Keadilan (AMK) semalam mencabar Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan harta seperti mana dilakukan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta ahli Exconya.
Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin turut menyokong cadangan Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak) agar sebuah suruhanjaya bebas diwujudkan untukk menyiasat sama ada Timbalan Perdana Menteri benar-benar bersih daripada rasuah.
“Saya cabar Najib untuk disiasat oleh mana-mana suruhanjaya bebas. Ini bagi memastikan beliau benar-benar layak untuk memegang jawatan sebagai Perdana Menteri," katanya.
Sehingga hari ini katanya, Najib tidak pernah tampil untuk menafikan setiap tohmahan negatif yang diperkatakan rakyat sehingga menjejaskan imej beliau sebagai pemimpin.
"Beliau tidak mengambil sebarang tindakan atau membawa individu terlibat untuk didakwa. Sebaliknya Najib memilih untuk berdiamkan diri dan membiarkan orang lain yang membersihkan namanya," katanya.
Sumber: Sinar Harian

0 comments:
Post a Comment