Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Ali Rustam didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin UMNO kerana melanggar etika kempen. Serentak dengan itu Lembaga Disiplin memutuskan Ali tidak boleh bertanding atau dipilih bagai jawatan Timbalan Presiden UMNO Malaysia pada pemilihan parti itu 26 Mac depan. TERBARU -Mesyuarat Perhubungan UMNO Negeri Melaka di kediaman rasmi Ketua Menteri di Ayer Keroh bermula pada jam 10.30 pagi ini .Datuk Seri Mohd Ali Rustam dijadual adakan sidang akhbar selepas tu.Suasana sekitar kediaman rasmi itu biasa-biasa saja kecuali ramai wartawan tunggu.Setiausaha Akhbar beliau kata setahunya takat ini (waktu perbualan pagi ini ) Ketua Menteri itu akan turut ke Ipoh petang ini untuk hadiri majlis pengenalan calon dengan para perwakilan UMNO Perak.- 17/3/2009
Selain Ali, calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin juga didapati bersalah melanggar etika kempen parti dan diberikan amaran.
Bagaimanapun Khairy dibenarkan bertanding.
Sementara itu Ali ketika ditemui di Ipoh selepas majlis pengenalan calon Majlis Tertinggi UMNO berkata, beliau akan mendapatkan pengesahan terlebih dahulu mengenai keputusan Lembaga Disiplin berkenaan.
"Saya akan buat sidang media mengenai perkara ini esok di Melaka selepas saya mendapat pengesahan mengenai keputusan itu," ujar beliau. - 17/3/2009
-----------------------
PALING BARU: 1.15 ptg- Semakin hampir sidang media Lembaga Disiplin UMNO semakin panas cerita pasal Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Paling baru, khabarnya Ketua Menteri Melaka itu tarik diri tanding Timbalan Presiden UMNO. Jika itu keputusannya, bermakna beliau akan terus menerajui Perhubungan UMNO negeri. Statusnya sebagai perwakilan juga dikatakan kekal dan layak mengundi pada pemilihan parti nanti.-17/3/2009
LAGI BARU 11.30 pagi- Pada sidang akhbar selepas mesyuarat Perhubungan UMNO Negeri Melaka sebentar tadi,DS Ali Rustam kata tunggulah pengumuman Lembaga Disiplin UMNO petang ini.Beliau kelihatan relaks saja.Katanya beliau akan ke Ipoh petang ini hadiri majlis pengenalan calon-calon dengan perwakilan Perak.Menyentuh tentang mesyuarat perhubungan itu,katanya ia mesyuarat biasa bincang persiapan menjelang perhimpunan agung parti-17/3/2009
-----------------
Ali Rustam: semuanya terjawab jam 4 petang ini…
Desas desus yang kencang bertiup menyebabkan ramai yang hadir pada majlis pengenalan calon-calon yang tawar diri untuk bertanding jawatan utama UMNO dengan para perwakilan UMNO negeri Selangor di sebuah hotel di Shah Alam Isnin malam lebih tertumpu kepada Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Samada betul atau tidak belum dapat dipastikan lagi tetapi sejak Jumaat malam namanya sudah hangat diperbualkan sebagai calon Timbalan Presiden UMNO yang bakal kena tindakan oleh Lembaga Disiplin UMNO kerana didakwa langgar etika kempen.
Jika benar beliau dikatakan akan hilang kelayakan untuk bertanding jawatan nombor dua tertinggi dalam UMNO.
Ada juga terdengar desas desus beliau mungkin tarik diri dari pertandingan.
Namun sepanjang majlis yang bermula jam 8 malam hingga ia berakhir sekitar jam 10.30 malam beliau kelihatan dengan stail biasa bertegur sapa dengan para perwakilan serta mereka yang hadir di majlis itu.
Ditemui oleh para wartawan sebelum majlis bermula untuk mengulas desas desus mengenai dirinya itu,naib Presiden UMNO itu ringkas berkata, “ Itu kena tanya Lembaga Disiplin.”
Dijolok pula dengan soalan apakah beliau bimbang dengan desas desus itu,Ali berkata,:“Kenapa saya perlu bimbang?”
Hadir sama di majlis pengenalan calon itu ialah dua calon lain untuk jawatan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib.
Selain itu lapan calon untuk jawatan Naib Presiden dan 51 untuk jawatan Majlis Tertinggi UMNO.
Selepas Selangor majlis itu akan diadakan di Ipoh Perak petang Selasa dan akhir sekali di Seremban Khamis.
Petang esok (Selasa) perhatian pasti bertumpu pada sidang akhbar Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail yang dijadual diadakan pada jam 4 petang di PWTC.
Mengikut desas desus yang tersebar turut sama bakal dikenakan tindakan ialah beberapa orang yang bertanding jawatan Majlis Tertinggi UMNO dan beberapa orang yang bertanding jawatan lain.
Sementara itu Ali dijadual akan mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Melaka pagi Selasa.
Diminta mengulas mengenai perkara yang bakal dibincangkan pada mesyuarat berkenaan,Ketua Menteri Melaka itu hanya berkata ia mengenai persiapan menjelang Perhimpuan Agung UMNO yang akan bermula 2 Mac ini.
Dalam pada itu dari riak-riak kalangan pemimpin UMNO Melaka dilihat semacam ada sesuatu ‘ hal besar ‘ yang mereka sedang hadapi.
Seorang pemimpin kanan UMNO negeri itu mengakui mereka sendiri ada dengar desas desus mengenai tindakan Lembaga Disiplin pada Jumaat malam lalu semasa majlis pengenalan calon-calon dengan para perwakilan UMNO Wilayah Persekutuan di PWTC.
“Seperti juga orang lain,saya juga tertunggu-tunggu nak dengar suatu kepastian tentang hal ini. Ia mungkin khabar angin…kita sama-sama tunggulah apa kata Lembaga Disiplin,” katanya.- 16/3/2009
0 comments:
Post a Comment