AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Saturday, February 21, 2009

AMK Selangor sokong MB

SHAH ALAM - Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor mendakwa kenyataan terhadap isu kereta dan pembelian lembu yang dibuat oleh sesetengah pihak bertujuan mengganggu-gugat pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat di negeri ini.

Ketua Penerangan AMK Selangor, Mazli Saring berkata, pihaknya menganggap isu yang dimainkan oleh media adalah serangan terhadap kerajaan PR di negeri berkenaan.

"Kita penuh yakin dan tiada keraguan terhadap tindakan beliau untuk menyaman Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dalam isu kereta dan lembu ini.

"Malah kita juga berpendirian dan berpendapat bahawa isu kereta dan lembu yang telah dimainkan oleh media melalui laporan Khir Toyo dan Pengerusi Gerak, Mohd Nazree Mohd Yunus adalah semata-mata perangkap jahat dan mainan politik kotor UMNO-BN dalam strategi serangan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat yang mentadbir negeri ini di bawah kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar yang amat disegani," katanya dalam satu kenyataan media yang difaks ke Sinar Harian, semalam.

Oleh itu katanya, pihaknya berharap supaya pihak mahkamah akan mengendalikan kes ini secara adil dan saksama.

"AMK Selangor amat yakin dengan ketelusan pentadbiran Menteri Besar dan menganggap bahawa kenyataan terhadap isu kereta dan lembu adalah bersikap jahat dan cuba untuk mengganggu gugat pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat di negeri ini.

"Kita juga berharap agar mahkamah akan mengadili kes ini dan bertindak seadil-adilnya bagi membersihkan nama Tan Sri Abdul Khalid yang saban hari dicemari permainan kotor politik UMNO-BN," katanga.

Mazli turut mendakwa, strategi berkenaan digunakan oleh pihak tertentu untuk memenangi semula hati rakyat Selangor.

"AMK Selangor juga yakin bahawa Khir Toyo dan UMNO-BN sudah tiada strategi lain dalam berpolitik untuk memenangi hati rakyat negeri ini sehingga sanggup membawa isu pudar dalam niat untuk menjatuhkan kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid.

"Malah kita ingin mengingatkan lagi Mohamad Khir agar lebih cerdik dan sopan dalam berpolitik sebelum beliau bertanding Jawatan Ketua Pemuda UMNO Mac depan," katanya.

Mazli berkata, pihaknya akan berdiri teguh dibelakang kepimpinan Menteri Besar dalam isu ini.

Sumber: Azie Yahaya - Sinar Harian 21/02/09

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009