AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Saturday, February 21, 2009

AMK Kota Raja Berdiri Teguh Menyokong MB


Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kota Raja pada hari ini menyatakan pendiriannya berdiri teguh dalam memberi sokongan kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid dalam tindakan beliau untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Khir Toyo dalam isu kereta dan lembu.

Ketua AMK Kota Raja, Encik Azmizam Zaman Huri berkata angkatan muda dibawah pimpinannya mengutuk sekeras-kerasnya taktik kotor dan jahat yang digunakan oleh Khir Toyo dan UMNO-BN.

“Ini adalah taktik kotor dan jahat semata-mata untuk mengganggu gugat kepimpinan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid dalam mentadbir negeri Selangor. Permainan politik kotor sebegini adalah bertujuan menjatuhkan kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat dan saya berharap mahkamah dapat mengadili kes ini dengan sebaik-baiknya.”

Encik Azmizam turut menambah bahawa rakyat bukan lagi bodoh dan boleh dipermainkan dan rakyat juga bijak menilai situasi politik sekarang. “Rakyat sudah jemu dengan permainan politik kotor UMNO-BN dan apa yang rakyat mahukan adalah perubahan serta masa depan yang lebih baik dengan kerajaan Pakatan Rakyat, ini dapat dibuktikan sendiri dengan keputusan pilihanraya umum ke-12.”

Berikutan isu lembu dan kereta yang dimainkan media berulang kali hasil laporan Khir Toyo dan UMNO-BN, Encik Azmizam berkata pihaknya mahukan keadilan serta menuntut agar mahkamah membersihkan nama Tan Sri Abdul Khalid yang telah dicemarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab serta ketandusan strategi politik.

“Kami akan berdiri teguh memberi sokongan sepenuhnya kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid untuk menyaman Khir Toyo bagi membersihkan nama beliau,” kata Encik Azmizam Zaman Huri.

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009