Arkib Blog

Wednesday, March 21, 2012

Selangor Penyumbang Ekonomi Terbesar Malaysia


SHAH ALAM 21 MAC :Selangor menyumbang sekurang-kurangnya 22 peratus atau lebih 1/5 daripada ekonomi negara. Manakala negeri-negeri lain sekadar menyumbang kurang daripada 10 peratus.

Kenyataan tersebut dinyatakan oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi membuktikan kerajaan negeri lebihbersikap berdikari dan komitmen dalam membangunkan negeri.

Katanya, amalan tata kelola dan pengurusan yang berintegriti, Kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat (Pakatan) berjaya mencatatkan simpanan tunai sebanyak RM1.9 billion sepanjang tahun 2011.

“Walaupun kita adalah negeri penyumbang terbesar kepada ekonomi negara, tetapi Kerajaan Pusat hanya mengembalikan dua peratus sahaja daripada jumlah sumbangan itu.

“Ini menyebabkan kita perlu untuk memiliki rezab simpanan tunai yang besar untuk berdikari membangunkan negeri tanpa perlu mencari sumber lain iaitu termasuk membuat pinjaman daripada Kerajaan Pusat,”jelas Abdul Khalid dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DNS) di sini hari ini.

Sebagai rekod, simpanan tunai Kerajaan Negeri sepanjang tahun 2011 ialah RM1.9 billion iaitu peningkatan lebih 26 peratus berbanding di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) yang hanya merekodkan kurang RM500 juta sebelum 2008.

“Walaupun begitu, tidak kesemua simpanan tetap itu boleh dibelanjakan memandangkan ia adalah juga sebahagian daripada Akaun Amanah Disatukan,”katanya.


Sumber: Selangorku

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009