KUALA LUMPUR, 18 Okt: Kerajaan semalam memaklumkan projek loji jana kuasa IPP berkapasiti 1000MW di Tanjung Bin bukan diberikan secara tender terbuka, tetapi secara 'tender terhad' kepada Tanjung Bin Power (TBP) dan Jimah Energy Ventures (JEV).
Alasan 'penganugerahan' secara tender terhad itu menurut Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, dibuat kerana ianya perlu disiapkan segera untuk operasi mulai tahun 2016.
Kerajaan juga memaklumkan kadar tarif serta tempoh konsesi juga belum dimuktamadkan walaupun tender tersebut telah di anugerahkan.
Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) ketika mempersoal jawapan itu berkata jika ianya mahu disiapkan segera, kenapa hanya dua syarikat sahaja dipanggil mengambil bahagian dalam "tender tertutup" itu.
"Saya tak faham kenapa projek yang disifatkan "perlu disiapkan segera" ini, hanya dua syarikat dipanggil," soalnya pada sidang media di parlimen hari ini.
Turut dipersoal, kenapa tender tersebut diberikan dalam keadaan kadar tarif dan tempoh konsesi tidak dimuktamadkan.
Menurutnya, tidak hairan jika tarif elektrik negara ini masih tinggi berbanding di negara jiran walaupun kerajaan membelanjakan wang yang besar untuk subsidi kepada IPP ini.
"Gas asli dijual kepada IPP Malaysia pada RM13.70 mmBtu, manakala di negara Thailand dijual RM23.10 mmBtu.
"Tetapi rakyat Malaysia perlu membayar RM157.20 bagi penggunaan 500kW sebulan berbanding RM129.50 perlu dibayar oleh rakyat di negara Tahiland," soalnya.
Dr. Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) pada sidang media sama turut menyelar pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang kononnya mengamalkan tender terbuka dan telus.
Katanya, komitmen Najib itu tidak lebih dari retorik kerana tradisi lama BN itu terus berulang dan tidak menampakkan sebarang perubahan.
Sumber: harakahdaily

0 comments:
Post a Comment