Arkib Blog

Thursday, May 5, 2011

PRU 13 : Kami Sudah Sedia, Kata Anwar


AMPANG 5 MEI : Pakatan Rakyat telah bersedia dan sentiasa bekerja keras menghadapi Pilihan Raya Umum yang dijangka berlangsung tahun ini.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan keyakinan beliau tentang prestasi Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan berdasarkan pencapaian mereka dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak baru-baru ini.

"Saya percaya Pilihan Raya Umum akan berlangsung tahun ini. Kami mesti bersedia dan bekerja keras," kata beliau kepada wartawan di lobi Menara Majlis Perbandaran Ampang Jaya di sini hari ini.

Beliau hadir ke sini untuk memberi ucapan Wacana Ekonomi Negeri Selangor kepada pegawai Pihak Berkuasa Tempatan negei Selangor.

Menurut Anwar lagi, walaupun Pakatan gagal menafikan majoriti dua pertiga BN di Sarawak, namun yakin akan mencatat prestasi lebih baik di masa hadapan.

Jentera parti sentiasa bekerja keras dalam memberi pemahaman terhadap Buku Jingga dan dasar Pakatan Rakyat kepada rakyat di seluruh negara.

Justeru kata Anwar, adalah tidak betul sekiranya ada yang berpendapat Pakatan Rakyat gagal untuk menembusi kawasan luar bandar.

"Anda boleh buat analisis di Kuala Lumpur mengenai kami. Tapi jika pergi turun ke Ba' kelalan contohnya, boleh lihat 'trend' penduduk. Di situ tiada media alternatif hanya ada TV, " kata Anwar lagi.


Sumber: TVSNEWS

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009