AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Tuesday, May 10, 2011

Agama rasmi: Jangan provokasi, kemudian ISA

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi peringatan kepada pihak tertentu agar tidak melakukan provokasi hingga mencetuskan ketegangan kaum di negara ini berhubung isu 'Kristian agama rasmi?', lapor Harakahdaily.

Menurutnya, tindakan seumpama itu tidak demokratik yang sengaja cuba dicetuskan pihak tertentu setiap kali menjelang pilihan raya.

“Saya melihat isu sehari dua ini lebih bersifat kepada satu permainan politik pilihan raya.

hadi awang, sultan terengganu, mirzan, opening of DUN terengganu
“Saya harap jangan provokasikan di saat hampir pilihan raya macam masa-masa lalu. Kemudian ambil tindakan ISA di kalangan orang tertentu. Ini suatu tindakan yang tidak demokratik dan tidak betul,” katanya.

Abdul Hadi berkata demikian kepada media selepas perasmian Istiadat Pembukaan Penggal Persidangan Yang Keempat, Dewan Undangan Negeri Terengganu Ke-12, di Kuala Terengganu, semalam.

Katanya, dalam Konvensyen Pakatan Rakyat semua parti menerima apa yang sudah diasaskan dalam Perlembagaan.

Menurutnya, Islam agama Persekutuan dan institusi Raja-Raja yang termaktub dalam Perlembagaan diterima sebulat suara oleh Pakatan Rakyat.

Menurutnya, sebarang isu yang berkaitan dengan polisi dan dasar akan dibincangkan pada mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat.

utusan malaysia, malaysia negara kristian
“Dengan sebab itu, saya tidak risau dengan isu ini. Sebab, saya melihat isu ini lebih ke arah isu mainan politik pilihan raya. Ini satu benda yang tidak betul di kalangan pihak tertentu,” katanya.

Justeru, beliau yang juga ahli parlimen Marang mahu semua pihak supaya menjaga keharmonian kaum di negara ini.

Beliau juga menyarankan agar diadakan siri perbincangan dan dialog dari masa mengenai perkara itu sebagaimana isu kalimah Allah sebelum ini.

“Dan kerajaan pernah menganjur melalui IKIM, dalam isu kalimah Allah dulu, saya hadir sendiri dan melibatkan kalangan akademik, kita bincang. Itu lebih baik. Cara berilmu dan bukan lepas tangan begitu sahaja,” katanya.


Sumber: Harakah Daily

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009