SHAH ALAM 16 MEI : Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad menyifatkan tindakan media kawalan Umno-Barisan Nasional(BN) dengan mendakwa tiga kawasan padat penduduk dan maju seperti di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bakal berdepan krisis bekalan air menjelang 2014 merupakan satu lagi usaha Kerajaan Pusat untuk menekan Kerajaan Negeri supaya memberi sokongan terhadap Projek Loji Rawatan Air Langat 2.
Malah menurut Dr Dzulkefly, usaha berterusan daripada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) hanya untuk menakut-nakutkan rakyat serta disifatkan sebagai satu desakan yang tidak bertangggung jawab.
Dr Dzulkefly berkata, laporan SPAN yang mengatakan margin simpanan air akan merosot ke paras merbahaya dalam masa empat tahun akan datang adalah berbeza dengan pandangan Lembaga Urusan Air Selangor (LUAS) dan badan bukan kerajaan (NGO) lain yang pernah membuat penilaian mengenainya.
“Kalau Kementerian Tenaga, Teknlogi Hijau dan Air (KeTTHA) dan SPAN benar-benar mahu memastikan Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur) dan Putrajaya tidak mengalami defisit mahupun kekurangan air pada tahun 2014 sepertimana yang digembar-gemburkan.
“ KeTTHA dan SPAN perlu segera menamatkan pertikaian serta persoalan dalam pemberian pajakan itu kepada kerajaan negeri,” katanya ketika dihubungi TV Selangor.
Dr Dzulkefly berkata demikian ketika dihubungi Tv Selangor bagi mengulas laporan akhbar Harian Metro bahawa SPAN mendakwa margin simpanan air di tiga wilayah utama iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya mencatatkan pengurangan ketara dari setahun ke setahun.
Ujar Dr Dzulkefly lagi, usaha menakutkan dan menekan kepimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abd Khalid Ibrahim adalah sesuatu yang tidak wajar semata-mata untuk menyokong kerajaan pusat bagi melaksanakan projek Loji Rawatan Air Langat 2 yang menelan belanja RM8.6 bilion kerana ia telah dipersetujui oleh kerajaan negeri sebelum ini ketika Selangor diterajui Barisan Nasional (BN).
“Projek sebesar ini perlu diberikan penilaian yang teliti kerana kita telah diperingatkan oleh pakar-pakar ekonomi dan para analisis serta investment analise daripada investment bankers bahawa projek-projek mega yang dikendalikan kerajaan pusat seperti empangan Bakun, PKFZ dan yang lain lazimnya akan berakhir dengan pelbagai lebihan kos.
“Ianya jelas dari sudut kos efektifnya dimana ia tidak boleh diyakinkan mengapa pembayar cukai yang perlu membayarnya dan yang paling ketara adalah Bakun iaitu projek dengan lebihan kos yang mencecah hampir RM1 bilion,” katanya.
Tambah Dr Dzulkefly, Kerajaan Pusat seharusnya sedar bahawa Kerajaan Negeri akan sentiasa berusaha untuk mencari sumber air yang lain tanpa perlu menjejaskan pengguna dan rakyat Selangor khususnya.
Katanya lagi, usaha itu bukan sahaja akan menjimatkan kantong negara malah ia tidak memerlukan kos besar kerana Selangor merupakan salah satu negeri yang mempunyai sumber air terbesar di negara ini.
“Melalui sumber air bawah tanah ini kalau dihitungdari sudut kos ianya jauh lebih murah yakni senisbah kecil dari lapan billion tak sampai pun ratusan juta berbanding dengan lapan ribu juta,” katanya.
SPAN semalam dilaporkan berkata margin simpanan air di tiga wilayah utama iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya mencatatkan pengurangan ketara dari setahun ke setahun.
Pengurangan di tiga wilayah utama itu juga dijangka akan berkurangan sebanyak enam peratus (263 JLH sehari) pada 2010 kepada 4.98 peratus (221 JLH) pada 2011, 5.25 peratus (244 JLH) pada 2012 dan kepada 0.4 peratus atau 19 JLH pada 2013.
SPAN turut menjangkakan menjelang akhir 2014 margin simpanan air ini akan mengalami defisit sebanyak 217 JLH dan jumlah defisit ini akan meningkat kepada 460 JLH pada 2015 dan ia berada pada tahap kritikal.
Sumber: TVSNEWS
0 comments:
Post a Comment