AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Thursday, May 5, 2011

Dr Juanda Jangan Gopoh


SHAH ALAM 5 MEI: PAS menasihatkan Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya jangan terlalu gopoh mengeluarkan kenyataan yang mampu memberi implikasi besar terhadap persepsi masyarakat.

Parti itu turut berpendapat bahawa seorang mufti harus berpegang kepada prinsip tasawwur (gambaran sebenar) sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan lebih-lebih lagi dalam soal pentadbiran negara dan politik.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dalam kenyataan medianya hari ini melahirkan rasa terkejut dengan kenyataan mufti itu semalam dengan menyatakan penghalang penyatuan PAS dan Umno adalah penghianat.

Idris turut melahirkan kebimbangannya berhubung kenyataan berbaur politik Juanda yang akan dimanipulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab terutama Umno-Barisan Barisan Nasional (BN) yang dilihat semakin bersungguh-sungguh untuk menarik PAS keluar daripada gabungan Pakatan Rakyat.

Menurutnya, perkara itu terbukti apabila Umno-BN sekali lagi membuat tawaran kepada PAS untuk menyertai parti itu bagi membantu dalam pentadbiran berlandaskan Islam.

Namun dalam masa yang sama Umno-BN cuba untuk mempermainkan sentimen perkauman dan agama apabila menuduh DAP mengambil kesempatan keatas gabungan pakatan pembangkang.

“PAS bimbang kenyataan ini akan diperalatkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, terutama Umno yang akan menjaja pandangan ini bahawa Umno hendak kepada perpaduan, yang tidak mahu kepada perpaduan ialah PAS, sehingga rakyat nampak PAS jahat, manakala Umno baik,”kata Idris dalam kenyataan medianya.

Menurut Idris lagi, PAS berpendirian bahawa prinsip penyatuan yang tidak berlandaskan Islam lebih-lebih lagi dengan parti yang telah mengkhianati amanah rakyat tidak akan tercapai.

Idris seterusnya menyarankan agar Juanda menggunakan platform mufti unttuk menasihati kepimpinan Umno-BN agar kembali melaksanakan amanah dalam pentadbiran.

Dalam pada itu Juanda yang memberi respon kepada portal berita Malaysiakini berkata PAS terlalu angkuh untuk menerima pelawaan Umno duduk semeja walaupun disuarakan sendiri presiden parti itu, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Katanya, PAS tidak seharusnya tenggelam dengan nostalgia dan emosi lama.

“PAS menasihat kepada Sahibussamahah supaya menggunakan platform Mufti untuk menasihat pemimpin Umno BN supaya kembali kepada penghayatan agama dan laksanakan amanah dengan baik.

“Tegur mereka supaya tidak zalim kepada rakyat yang berlainan ideologi,” ujarnya.


Sumber: TVSNEWs

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009