Arkib Blog

Monday, April 4, 2011

'Video seks mesti ditanda eksibit parlimen'

Karpal Singh hari mengulangi permintaannya kepada Speaker Deawn Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia bagi membenarkan semua ahli parlimen menonton video yang ditayangkan di hotel Carcosa Seri Negara.

Namun, kali ini beliau mahu video itu ditandakan sebagai eksibit dan semua ahli parlimen dibenarkan mengundi mengikut firasat mereka.

NONE
Karpal juga menekankan bahawa Anwar mesti dibenarkan hadir untuk tayangan itu meskipun bgeliau kini digantung enam bulan daripada menghadiri sidang Dewan.

“Saya mahu jaminan dari Pandikar bahawa... sebelum tayangannya (video itu) ia mesti ditandakan sebagai eksibit dan menjadi sebahagian daripada prosiding Dewan dan juga sebahagian daripada Hansard sebagai eksibit,” kata Karpal dalam satu kenyataan.

“Tanpa jaminan ini, tidak boleh diadakan tayangan yang efektif di Dewan. Pra-syarat ini tidak boleh diabaikan.

“Saya tidak mahu apa yang berlaku pada 1992 berulang,” katanya.

Pada 1992, Karpal menyerahkan pita video seks yang dikatakan membabitkan timbalan speaker ketika itu, Datuk DP Vijandran tetapi tiada tindakan yang diambil.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata keputusan sama ada klip video seks yang dikaitkan dengan Anwar akan ditayangkan di parlimen atau tidak, bergantung kepada pertimbangan speaker.

Bagaimanapun, katanya, keputusan itu perlu diperhalusi sebaik mungkin kerana ia tertakluk kepada pertimbangan bidang kuasa undang-undang, walaupun ahli parlimen dilindungi imuniti.

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009