AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Monday, April 4, 2011

Isu Injil belum selesai, PEMBELA akan ke mahkamah

Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) yang merupakan gabungan persatuan Islam utama di Malaysia sedang mempertimbangkan bagi mencabar kesahihan 'Formula Idris Jala' di mahkamah kerana didakwa mencabuli undang-undang dan perlembagaan persekutuan.

Ini termasuk Perkara 3, 11(4) dan Enakmen-enakmen Kawalan dan Sekatan Penyebaran Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam dan Seksyen 298, 298A Kanun Keseksaan 1936.

malaysia law conference 301007 yusri mohamad
“Oleh itu edaran Bible Bahasa Melayubukannya suatu keputusan yang boleh dibenarkan begitu sahaja atas tekanan mana-mana pihak.

“Formula Idris Jala ini jelas merupakan suatu keputusan mengalah dan menunduk kepada strategi konfrontasi, manipulasi dan mendesak yang digunakan oleh kumpulan-kumpulan Kristian untuk mencapai tujuan mereka dalam isu ini.

“Pendekatan formula Idris Jala ini adalah satu trend yang tidak sihat serta akan menggalakkan berulangnya pendekatan konfrontasi dan manipulasi digunakan bagi menuntut sesuatu yang hakikatnya bercanggah dengan perlembagaan, undang-undang, sejarah dan budaya negara,” kata jurucakap PEMBELA, Yusri Mohamad (atas, kanan).

Kabur dan tak jelas

Beliau merujuk kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, Sabtu lalu yang mendedahkan penyelesaian 10 perkara berhubung kontroversi kitab Injil.

Antaranya, kumpulan Kristian di negara ini, kini dibenarkan mengimport kitab Injil dalam sebarang bahasa, termasuk bahasa Melayu/Indonesia tanpa sebarang halangan.

azlan
“Kitab Injil juga kini boleh dicetak di Semenanjung, Sabah dan Sarawak,” katanya.

Bagi, kitab Injil di Sabah dan Sarawak, tiada cap mohor atau nombor siri perlu dikenakan tetapi bagi kitab seumpama itu di Semenanjung, ia mesti tertera perkataan “Penerbitan Agama Kristian” dan lambang salib dicetak di kulit depan.

“Saya berharap penyelesaian 10 perkara ini akan disambut positif oleh kumpulan Kristian kerana ia adil dan berpatutan. Kita mesti mencari penyelesaian bagi menangani isu Injil dan juga masalah lain yang ditimbulkan oleh kumpulan Kristian,” kata Idris.

Bagaimanapun formula itu ditentang PEMBELA yang mendakwa status keputusan itu adalah kabur dan tidak jelas.

“Kita diberi gambaran bahawa di pihak kerajaan, Datuk Seri Idris Jala dan Peguam Negara diberi peranan utama sedangkan isu ini juga melibatkan kepentingan Islam dan umat Islam.

Suara Islam tak diwakili

idris jala interview 4

“Perbincangan juga hanya diadakan dengan pihak Christian Federation of Malaysia sedangkan pihak-pihak yang mewakili suara umat Islam baik di pihak kerajaan mahupun pertubuhan-pertubuhan Islam langsung tidak diambil kira.

“Kami ingin bertanya adakah ini pendekatan baru yang akan diambil oleh pihak kerajaan dalam menangani isu-isu agama?” soal Yusri.

Katanya penyelesaian 10 perkara itu juga langsung tidak mengambil pandangan Jawatankuasa Kerja Mempromosi Persefahaman Keharmonian Antara Penganut Agama (JKMPKAPA) yang diwujudkan sendiri oleh kabinet.

Malah menurut PEMBELA, keputusan Idris itu seolah-olah mendahului menteri yang bertanggungjawab iaitu Datuk Seri Jamil Khir dan Tan Sri Koh Tsu Koon.

Kaji semula

“Justeru, PEMBELA menuntut agar formula Idris Jala ini dikaji semula dan diselaraskan kembali dengan peruntukan undang-undang dan persefahaman antara agama dan kaum yang sedia ada.

masjid jamek mosque
“Oleh kerana isu ini boleh ada kaitannya dengan kedudukan Islam dan umat Islam, pandangan wakil-wakil Islam hendaklah diambil-kira dengan saksama dalam mencari formula yang lebih tepat.

“Jika tuntutan ini tidak diberi perhatian, PEMBELA mempertimbangkan untuk mencabar kesahihan formula Idris Jala ini di mahkamah,” kata Yusri lagi.

Sehubungan itu, PEMBELA menyeru semua pemimpin masyarakat di negara untuk kembali menghormati persefahaman tentang kedudukan Islam dan hubungan antara agama di negara ini demi memelihara kesejahteraan dan keharmonian bersama.

Sumber: Malaysiakini

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009