AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Friday, April 22, 2011

Tindakan Perobohan Secara Paksa Hanya Kerja BN, Kata Iskandar

SHAH ALAM 22 APRIL : Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad menegaskan tindakan merobohkan mana-mana kediaman secara paksa hanyalah amalan terkutuk kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN), tetapi di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat Selangor, tindakan seperti itu tidak direstui sama sekali.

Iskandar berkata, kerajaan negeri tidak pernah merestui perobohan secara paksa sebarang kediaman warganegara Malaysia, kecuali setelah mencapai satu penyelesaian hasil rundingan yang diadakan.

"Di bawah kerajaan BN Selangor yang lepas, mereka bukan sekadar tidak merestui tindakan seperti itu, malah mereka sendiri yang turut bersama-sama pemaju terlibat di dalam operasi perobohan kediaman," katanya dalam satu kenyataan medianya, hari ini.

"Itulah antara perbezaan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dengan kerajaan BN Selangor yang dulu yang perlu disedari dan difahami setiap pihak termasuk pihak pemaju," tegasnya.

Malah katanya, ia lebih jauh dari itu dan semua pihak perlu sedar bahawa Pakatan Rakyat tidak hanya sekadar berjanji untuk melaksanakan tanggungjawabnya kepada masyarakat di pelbagai peringkat, sebaliknya berusaha semaksima mungkin untuk melaksanakannya dengan sebaik mungkin demi kepentingan rakyatnya.

Tegas Iskandar, sikap dan tindakan pemimpin Pakatan Rakyat jelas berbeza dengan pemimpin BN yang hanya pandai berjanji, tetapi gagal untuk menunaikannya.

Jelas Iskandar, pendirian kerajaan negeri itu perlu difahami dan dan dihormati oleh kesemua pemaju, walaupun mereka telah mendapat perintah mahkamah untuk mengeluarkan sesebuah keluarga dari tanah masing-masing.

Sehubungan itu, setiap penguatkuasa di semua Pihak Berkuasa Tempatan(PBT) dan majlis daerah dilarang sama sekali terlibat di dalam sebarang perobohan seperti itu.

Tambah Iskandar, sejajar dengan itu pemaju Peter's Brickworks Sdn Bhd digesa agar meneruskan rundingan dengan penduduk walaupun mereka telah mendapat perintah mahkamah berhubung perkara itu.

Katanya, walaupun pemaju Peter's Brickworks Sdn Bhd telah mendapat perintah mahkamah untuk mengeluarkan 3 keluarga yang berada di atas tanah mereka, HSD 243799 PT 1777 di PJS1, Petaling Jaya, tetapi pendirian kerajaan Pakatan Rakyat Selangor itu tetap perlu dihormati oleh mereka.

"Oleh itu, diharapkan agar pihak pemaju akan meneruskan rundingan walaupun mereka telah mendapat perintah mahkamah agar keluarga-keluarga itu perlu berpindah pada 25 April 2011," katanya.


Sumber: TVSNEWS

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009