AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Wednesday, April 27, 2011

Terus ceritakan yang benar

Propaganda, satu perkataan sentiasa dianggap negatif.

Namun, bagi penulis mereka yang berjaya menjalankan propaganda dengan sempurna akan memenangi peperangan minda. Inilah peperangan sebenar yang kita hadapi sekarang.

NONE
Jika BN lemah dari segi propaganda pada masa akan datang, maka pembangkang yang berjaya menggunakannya akan menang dalam peperangan minda itu.

Lihat sajalah bagaimana pembangkang menggunakan strategi propaganda yang bertalu-talu sehingga membentuk pemikiran rakyat untuk menolak BN, untuk menggambarkan dasar BN sebaliknya.

Awal-awal lagi, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah membuat propaganda bahawa pembangkang akan memerintah Sarawak. Malah beliau sudah menamakan Baru Bian sebagai bakal ketua menteri jika Sarawak berjaya diambialih.

NONE
Anwar dan penyokongnya menjalankan tugas menyerang kubu kuat BN di kawasan pendalaman terutama di mana ramai orang Melayu dan Melanau. Propagandanya ialah jika mereka mendapat tempat pada pilihan raya umum ke-12 di Semenanjung, maka tidak ada sebab rakyat Sarawak tidak memilih mereka dalam pilihan raya negeri ke-10. Yang tidak diceritakannya ialah kegagalan pembangkang memerintah selepas diberi peluang.

'Sudah lama di tampuk'

Ditugaskan pula parti DAP untuk menggunakan strategi agresif di bandar dengan mensasarkan Tan Sri Taib Mahmud dengan konotasi sudah lama dalam politik.

NONE
Hakikatnya pemimpin pembangkang yang lama dalam politik tidak menjadi kebimbangan kepada mereka untuk diserang balik. Maka ditambah pula 'sudah lama di tampuk' yang menunjukkan seolah-olah Taib terlalu lama dan tidak buat apa.
Mereka tidak sekali-kali menyebut sumbangan Taib sebaliknya melabelkan beliau sebagai orang yang sudah terlalu lama dan perlu turun. Jika begitu, Pemimpin veteran DAP seperti Lim Kit Siang dan Karpal Singh pun perlu turun.

Propaganda DAP agar rakyat terutama orang Cina membenci Taib dijalankan hampir setiap hari. Dalam ceramah mereka, Taib diperlihatkan sebagai seorang yang rakus, tamak dan hanya memikirkan kepentingan diri.

NONE
Dalam poster mereka, apa yang dibuat oleh BN tidak betul dan merugikan rakyat. Bayangkan mereka boleh memutarkan "Satu Malaysia menjadi Sapu Malaysia" dan kedua, mengaitkan dengan tohmahan rasuah.

Inilah propaganda pembangkang paling berjaya sehingga memikat hati pengundi di Sarawak.

Sentimen perkauman

Pendekatan propaganda ini ditujukan kepada kumpulan di atas pagar yang belum membuat keputusan untuk memilih calon parti yang bertanding. Maka pembangkang terus mendodoikan kumpulan atas pagar ini dengan cerita buruk sehingga pengundi menterjemahkan dalam undi mereka.

NONE
Mereka juga memainkan sentimen perkauman termasuk mempersoalkan mengapa Tan Sri George Chan tidak berkahwin dengan Cina sebaliknya berkahwin dengan bukan Cina semata-mata untuk menambat hati pengundi Cina.

Apa salahnya berkahwin dengan orang Bidayuh atau Iban? Apakah ini bertentangan dengan masyarakat Cina yang tidak boleh berkahwin dengan kaum lain? Tujuannya inilah untuk menimbulkan rasa kurang senang pengundi Cina termasuk kepada pemimpin BN dari kaum Cina sekalipun.

Usaha pembangkang ini dipermudahkan lagi dengan strategi propaganda sebuah akhbar arus perdana berbahasa Inggeris yang sejak pilihan raya negeri ke-10 menulis kebaikan DAP termasuk artikel yang menampilkan calon muda yang berkelayakan.

sarawa election sibu guan eng with candidates
Apa BN tiada calon yang hebat ke?

Malah mereka juga sentiasa menulis DAP akan menang banyak. Inilah bantuan tidak rasmi yang diperolehi oleh DAP daripada akhbar yang dimiliki sebuah parti komponen BN, sehingga apabila Awang Selamat dalam tulisan di Mingguan Malaysiamenyentuh mengenai tindakan terhadap orang yang tidak mahu mengenang budi, wartawan akhbar berkenaan berani pula bertanya soalan kepada Datuk Seri Hishamuddin Hussein terhadap sikap akhbar berbahasa Melayu itu.

Teruskan agenda

Hairan bin ajaib bagi sesebuah akhbar yang dimiliki oleh parti komponen BN bertindak seperti akhbar penentang BN. Jika sesekali dibuat begitu boleh difahami kerana seperti kata Tun Dr Mahathir Mohamad semalam agar media menegur kerajaan tetapi jika keterlaluan menyokong pembangkang atas apa sebab sekalipun, maka timbul pula tandatanya yang besar, apa sudah jadi dengan akhbar arus perdana itu.

Oleh itu, media arus perdana dan media elektronik perlu meneruskan agenda untuk menceritakan yang benar mengenai kerajaan BN terutama usaha yang dilakukan dalam mendahulukan rakyat.

NONE
Walaupun, ada pengarang yang menyatakan bahawa ini menyebabkan akhbar mereka tidak laku, maka mulalah bertanya kepada diri sendiri apakah mendapat keuntungan adalah KPI sebagai Ketua Pengarang.

Telah terbukti sebelum ini bahawa kerajaan sentiasa membantu mereka dalam semua keadaan termasuk ketika tiada duit untuk membayar gaji kakitangan kerana sikap pengiklan yang tidak mahu membantu akhbar Melayu atau RTM atau TV3.

Tepuk dada tanyalah selera.

ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini.

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009