AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Wednesday, April 27, 2011

Semakan kehakiman kartun Zunar ditangguh 11 Mei

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 11 Mei ini sebagai tarikh baru untuk mendengar semakan kehakiman yang difailkanMalaysiakini.com dan penerbit buku, Sepakat Efektif.

Ia berikutan tindakan yang diambil dua pihak terbabit bagi mencabar pengharaman yang dikenakan oleh Kementerian Dalam Negeri terhadap dua buku kartunis Zunar iaitu '1Funny Malaysia' dan 'Perak Darul Kartun'.

NONE
Oktober tahun lalu, Mahkamah Tinggi membenarkan Mkini Dotcom, syarikat yang menguruskan portal beritaMalaysiakini dan penerbit Sepakat Efektif, yang mewakili kartunis Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee SM Anwarul Haque untuk mencabar pengharaman kedua-dua buku itu.

'1Funnya Malaysia' diterbitkan pada November 2009 dan ia merupakan rangkuman kartun satira politik Malaysia oleh Zunar yang diterbitkan Malaysiakini sejak Oktober 2006 sehingga November 2009.

Sementara, 'Perak Darul Kartun' yang diterbitkan oleh Sepakat Efektif pada November 2009. Ia adalah kompilasi karya kartun beberapa kartunis yang diketuai Zunar.

Kementerian Dalam Negeri mengharamkan pencetakan, penghasilan, jualan, pengedaran, atau pemilikan kedua-dua buku itu atas alasan kononnya ia mengganggu ketenteraman awam.

zunar arrested under sedition act 240910 07
Mkini dalam permohonan berkata kartun '1Funny Malaysia' sudah diterbitkan di portal beritaMalaysiakini selama lebih dua tahun malahan ia sudah diedarkan selama lebih tiga bulan sebelum diharamkan.

Sepakat Efektif pula berkata 'Perak Darul Kartun' sudah diedarkan selama lebih enam bulan sejak November 2009 dan syarikat itu tidak pernah menerima sebarang laporan ia mengganggu ketenteraman awam.

Mereka memohon agar pengharaman ke atas buku itu diisytihar tidak sah kerana ia bercanggah dengan Seksyen 7 Akta Penerbitan dan Percetakan 1984, dan melanggar Perkara 5 dan 8 Perlembagaan Persekutuan.


Sumber: Malaysiakini

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009