AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Friday, April 22, 2011

Peguam Pahang pula 'pantau' pusat nadir bumi

Majlis Peguam Pahang telah membentuk satu jawatankuasa kecil bagi menyediakan sebuah kajian berkecuali berhubung pembinaan sebuat pusat penapisan nadir bumi di Gebeng, berhampiran Kuantan yang mendapat tentangan orang ramai.

NONE
Jawatankuasa yang yang dianggotai 20 peguam itu dibentuk selepas Majlis Peguam Pahang meluluskan satu resolusi 'mencari kebenaran' berhubung pusat berkenaan pada mesyuarat agung luar biasanya, semalam.

Pengerusinya dan juga ketua jawatankuasa kecil itu, Hon Kai Ping berkata mereka berharap laporan kajian tersebut dapat disiapkan sebelum akhir Mei. Ia kemudiannya akan diserahkan kepada Majlis Peguam untuk perbahasan.

Antara lain, Hon berkata tindakan susulan laporan berkenaan termasuk mengambil tindakan undang-undang kepada pihak-pihak tertentu.

NONE
“Yang penting, kami mahu kebenaran. Kami mahu tahu daripada pakar dan akan menulis bagi mendapatkan maklumat daripada Lembaga Perlesenan Tenaga Atom(AELB) dan (pemilik kilang penapisan nadir bumi) Lynas Corporation,” katanya.

Menurut Hon beberapa laporan antarabangsa yang boleh didapati oleh orang ramai yang diperolehi oleh jawatankuasa kecil itu bercanggah dengan dakwaan Lynas terutama berhubung kandungan radioaktif thorium sekitar bijih di Mount Weld, tempat galian berkenaan dilombong.


Sumber: malaysiakini

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009