AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Thursday, April 14, 2011

Anwar bawa mesej 'Ubah' ke kawasan terpencil

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin kematangan rakyat Sarawak akan menyerlah pada pilihan raya negeri kali ini apabila mereka bangkit bersama menolak pemerintahan rakyat BN pimpinan Tan Sri Abdul Taib Mahmud, lapor TV Selangor.

sarawak election pkr ceramah sibu 120411 anwar 03Anwar bermalam di Kapit malam tadi, sebuah kawasan pendalaman yang diwarnai dengan rumah-rumah panjang dan mengambil masa perjalanan tiga jam menggunakan bot dari Sibu.

Bercakap kepada kira-kira 500 penghuni Rumah Panjang Bundung, Anwar menegaskan keinginan rakyat Sarawak mengukir masa depan yang baru dan lebih terjamin akan diterjemahkan menerusi kotak undi pada Sabut ini.

"Tidak ada sebab lagi rakyat Sarawak terutamanya orang Iban dan Melayu terus sokong BN setelah melihat bagaimana mereka merompak memperkayakan dua tiga kerat pemimpin pada hal rakyat terus hidup merempat," kata Anwar.

Sambutan menggalakkan

Sambutan rakyat yang amat menggalakkan menambahkan keyakinan beliau bahawa perubahan drastik bakal berlaku.

Dalam ucapannya Anwar turut mengulas “perbalahan” antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mahu Taib bersara dengan segera manakala ketua menteri yang sudah berkuasa selama 30 tahun itu masih ingin memerintah.

Anwar berkata rakyat Sarawak bukan sahaja ingin Taib berundur tetapi mahu BN Sarawak turut berbuat demikian.

NONE"Sekarang Najib dan Taib sudah berbalah. Apa punya perdana menteri datang ke Sarawak hanya untuk umumkan Taib akan berundur dan kemudiannya Taib tunjukkan sikap degilnya. Ini bukti mereka akan kalah di Sarawak," katanya.

Pagi tadi, Anwar menaiki feri untuk bertemu dengan rakyat di Song yang terletak kira-kira 41 km dari Kapit.

Seperti di Kapit semalam, ribuan penduduk menyambut beliau yang diiringi calon bagi kawasan Dewan Undangan Negeri N55 Katibas, Munan ak Laja.

Anwar sempat mengunjungi pasar, kedai dan gerai di Song dan disambut mesra oleh penduduk setempat.

Ada yang tidak melepaskan peluang bergambar bersama ketua pembangkang itu

Di pasar Song, Anwar menyeru agar rakyat Sarawak membuang rasa gentar terhadap BN.

"Kita yang tidak curi balak, rampas tanah, rogol anak gadis Melaka, bunuh Altantuya jadi nak takut, apa pasal. Orang yang buat semua jenayah pula jadi berani, naik pangkat malah datang berkempen minta sokongan.

"Sudah tiba masanya rakyat Sarawak kata "enough is enough (sudah cukup)" dan pada 16 April nanti kita tumbangkan BN dan tegakkan perintah baru di bawah Pakatan Rakyat," ,” kata Anwar.

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009