AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Wednesday, March 16, 2011

Penduduk Kuaters Bukan Setinggan


KUALA LUMPUR 16 MAC: Penduduk kuarters kerajaan seringkali dianggap penghuni setinggan oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) walaupun rata-rata daripada mereka pernah berkhidmat dengan agensi kerajaan dalam tempoh lama.

Justeru masyarakat di kawasan itu membidas pihak yang melabel mereka di bawah "Program Pemutihan Setinggan Kuala Lumpur".

Susulan perkara itu ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' lo' Mohammad Ghazali, mewakili penduduk kuaters kerajaan kawasan Chochrane menyerahkan memorandum kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM), Bahagian Pengurusan Hartanah di parlimen hari ini memohon menangguhkan tarikh perpindahan sehingga kuaters lain dibangunkan.

Menurutnya, usul ini bertujuan memberi tempoh bagi penghuni-penghuni kuaters itu membuat persedian sebelum berpindah Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang dijanjikan.

"Masalahnya kakitangan kerajaan ini terdiri daripada golongan senior dalam kerajaan dan lebih 10 peratus adalah OKU (orang kurang upaya).

"Mereka minta pemindahan ditangguhkan kepada hujung tahun kerana anak-anak bersekolah," jelas Dr Lo' lo' pada sidang media di parlimen tadi.

Berdasarkan memorandum yang diserahkan kepada Menteri di JPM, Datuk Seri Nazri Aziz sebentar tadi, Jawatankuasa Bertindak Penangguhan Perpindahan Kuaters

Kerajaan Kawasan Chocrane yang dipengerusikan Bustaman Hassan menuntut supaya JPM menyediakan PPR untuk menggantikan 553 kuarters sedia ada sebelum arahan berpindah 31 Mac 2011.

Justeru kerajaan di bawah Jabatan Pengurusan Hartanah didesak agar menyediakan PPR di Seri Alam, Sungai Besi yang berdekatan dengan kawasan didiami kini.

Ini berikutan surat yang dikemukakan jabatan itu sebelum ini mengarahkan mereka untuk berpindah ke PPR Kampung Muhibbah, Puchong yang didakwa lebih jauh.

Menurut Dr Lo' lo' lagi kerajaan bercadang untuk membina pasaraya IKEA di bawah Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan sebahagiannya untuk cadangan pembinaan laluan MRT.

"Kuaters mahu diroboh tapi tidak ada kuarters ganti. Perlu ada perancangan awal. Penduduk turut menuntut kerajaan supaya membina dahulu kauters baru sebelum
diarahkan berpindah," kata beliau lagi.

Sumber: TVSNEWS

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009