AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Tuesday, March 1, 2011

Demo Hindraf: Mengapa Dwi Standard?

Penangkapan beramai-ramai aktivis Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) yang cuba mengadakan perhimpunan pada hari Ahad lalu menimbulkan persoalan berhubung layanan polis terhadap demonstrasi aman di negara ini.

hindraf arrests klcc
Setiausaha, Gabungan Persatuan-persatuan India di Malaysia, G Gunaraj berkata penangkapan 108 aktivis Hindraf itu membuktikan amalan dwi standard kerana aktivis pro-kerajaan dibenarkan untuk memprotes tanpa halangan.

"Saya masih ingat apabila ahli parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin memimpin sekitar 8.000 orang untuk memprotes serangan Israel ke atas kapal MV Mavi Marimara di hadapan Kedutaan Besar Amerika Syarikat tahun lalu.

NONE
"Daripada ditahan untuk disoal-siasat, Khairy diberi kawalan polis. Namun, dalam kes Hindraf, mereka memohon permit,tetapi ditolak sehari sebelum perhimpunan aman mereka itu,” katanya.

Gunaraj mendakwa semua aktivis berkelakuan sopan dan berhimpun secara aman tetapi jumlah polis yang dikerahkan bagi mengekang perarakan mereka adalah keterlaluan.

Pengerusi, Jawatankuasa Hak Asasi Manusia, Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Liaw Kok Fah pula menyatakan rasa terkejut dengan penangkapan penasihat undang-undang Hindraf P Uthayakumar di rumahnya.

hindraf mass rally against umno and interlok 270211 5
"Bagaimana mungkin polis melakukan itu? Di rumah Uthayakumar? Maksud saya, polis sekurang-kurangnya perlu menunggu sehingga dia menyertai perhimpunan itu ... cekupnya di sana bersama aktivis yang lain,” kata Liaw.

Menurutnya, penangkapan beramai-ramai itu membuktikan bahawa kerajaan tidak menghormati hak individu dan sependapat dengan pandangan Gunaraj bahawa polis di negara ini mengamalkan dwi standard dalam melaksanakan tugas mereka.

"Pada tahun 2009, penunjuk perasaan yang membawa kepala lembu melukai perasaan masyarakat Hindu. Mereka meludah dan menendang lembu itu tapi tidak ada seorangpun yang digari dan diheret ke kenderaan polis.

NONE
"Adakah itu apa (pihak kuasa) anggap sebagai perhimpunan aman, berbanding dengan apa yang Hindraf lakukan pada Ahad lalu?” soalnya.

Namun, dua pemimpin BN dari parti komponen MIC yang dihubungi, yakin tindakan polis menangkap mereka yang terbabit dengan perhimpunan tersebut adalah tepat.

"Polis telah memberikan amaran lebih awal bagi mereka untuk tidak meneruskan perhimpunan kerana Hindraf adalah pertubuhan haram. Hindraf tidak menghormati polisi ataupun undang-undang di Malaysia.

rally proceeds to Pudu IPK police cordon
"Polis itu buta, tidak melihat warna kulit, bangsa atau agama," kata penerangan MIC, V Mogan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, T Murugiah juga setuju bahawa tindakan polis pada Ahad lalu adalah tepat dan tidak menganiaya penunjuk perasaan itu.

Katanya, tindakan kumpulan itu telah mencemarkan nama baik Malaysia.


Sumber: Malaysiakini

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009