AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Monday, February 21, 2011

Penduduk Miskin Menetap Ditanah Kerajaan Bakal Terima Tanah, Exco Kedah


LANGKAWI 21 FEB: Kerajaan negeri Kedah akan menimbang pemberian tanah kepada penduduk miskin yang telah lama menetap di tanah kerajaan untuk memberi keselesaan kepada mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pembangunan Luar Bandar, Kerja Raya, Bekalan Air dan Tenaga Negeri Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata ketika ini, dua permohonan secara kelompok membabitkan tanah hutan diterima daripada Pejabat Tanah Daerah Langkawi untuk pertimbangan.

"Kita akan pertimbang permohonan kelompok yang lama kerana kerajaan simpati kepada penduduk miskin yang tiada tanah," katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada 11 mangsa kebakaran di Kampung Kelibang di Pejabat Daerah Langkawi semalam.


Kerajaan negeri menyumbang RM1,000 kepada setiap mangsa kebakaran 9 Sept lepas, yang memusnahkan 18 rumah kedai.


Lapor Bernama, Phahrolrazi berkata pejabat tanah akan memproses permohonan penduduk miskin secara kelompok.


Terdahulu, beliau menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Tanah Daerah Langkawi.


Mengenai pencerobohan tanah di pulau lagenda itu, Phahrolrazi mengingatkan orang ramai supaya tidak berbuat demikian kerana kerajaan negeri berusaha mengekalkan kehijauan selaras kedudukan Langkawi sebagai destinasi pelancongan dan kawasan tadahan air.


"Jika kegiatan pencerobohan berlaku, ia akan menjejaskan keindahan Langkawi dan merugikan penduduk," katanya.

Beliau berkata Jabatan Hutan sedang memantau dan mengenal pasti kegiatan pencerobohan di kawasan hutan.


Bagi tanah kerajaan, Phahrolrazi meminta Pejabat Tanah meningkatkan penguatkuasaan bagi memastikan ia tidak diceroboh.


"Walaupun kegiatan pencerobohan tidak serius, tapi memerlukan pengawasan dan pengawalan serta penguatkuasaan daripada pelbagai agensi yang terbabit,"katanya.


Sumber: TVSNEWS

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009