AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Monday, February 21, 2011

Orang Asal Di Selangor Terbela Di Bawah PR


DENGKIL 21 FEB: Membela nasib rakyat sentiasa mendapat keutamaan Pakatan Rakyat tanpa mengambil kira status bangsa dan agama sesuatu masyarakat itu.

Layanan sama rata yang diberikan terhadap semua bangsa termasuk kepada masyarakat Orang Asal menjadi bukti ketelusan dan keprihatinan kerajaan negeri Selangor kes Bukit Tampoi yang berlarutan kira-kira 15 tahun berjaya diselesaikan.

Semalam Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim bagi pihak kerajaan negeri memberi pampasan sebanyak RM 6.5 juta kepada masyarakat Orang Asal dalam Majlis Jasamu Dikenang Sempena Kes Bukit Tampoi di sini semalam.

Dalam ucapan perasmiannya Khalid berkata, kerajaan negeri Pakatan tidak pernah mengamalkan dasar perbezaan kaum, agama mahupun fahaman politik.

Jelasnya, kerajaan pimpinan Pakatan akan melayan dan memberikan hak yang sama kepada semua bangsa termasuk kepada masyarakat Orang Asal yang diakui sudah lama mendiami bumi Selangor.

“Kerajaan negeri akan menyokong usaha ini dan mahu saudara terlibat dalam tiap-tiap keputusan yang kita buat,” katanya.

Tambahnya, masyarakat Orang Asal pasti akan mendapat pembelaan apabila ketua kampung mereka kini turut serta dalam Jawatankuasa Kemajuan Kampung atau JKKK di negeri Selangor.

“Kerajaan negeri sekarang telah menyatakan bahawa ketua-ketua kampung Orang Asal adalah sebahagian dari struktur pentadbiran negeri Selangor,” katanya.

Turut hadir, Exco Selangor, Elizabeth Wong dan Pengerusi JKKK Kampung Bukit Tampoi, Ilam Senin.

Sebelum Pakatan menerajui kerajaan negeri, katanya, keadaan ini adalah berbeza di mana ketua kampung Orang Asal tidak termasuk dalam JKKK.

Jelasnya, kerajaan negeri Pakatan komited terhadap nasib dan masa depan rakyat di negeri ini dan akan terus berusaha mejayakan pelbagai rancangan serta program yang diatur menerusi agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor atau MES.

Kes Bukit Tampoi atau lebih dikenali sebagai Sagong Tasi bersempena nama seorang penduduk adalah kes mengenai tanah seluas 38.47 ekar milik masyarakat Orang Asal di kampung itu yang telah diguna bagi pembinaan laluan lebuhraya oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Bermula pada 1995 Sagong Tasi ketika itu 65 tahun mengetuai sekumpulan orang kampung menuntut hak mereka ke atas tanah yang diceroboh bagi pembinaan lebuhraya tersebut di Mahkamah Tinggi.

Kes tersebut berlarutan sekian lama dan sering tertangguh. Bagaimanapun pertukaran kerajaan negeri sejak Mac 2008 menyaksikan satu perubahan di mana kes tersebut mendapat pembelaan dan diperjuangkan hingga kemenangan berpihak kepada masyarakat Orang Asal di Kampung Bukit Tampoi di sini.

Sumber: TVSNEWS

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009