Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini secara terbuka membidas cadangan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk menghadkan bilangan parti politik di negara ini dan menganggap tindakan tersebut mencabuli hak rakyat.
"Suruhanjaya dengan keras mendesak ROS supaya tidak meneruskan cadangan itu dan menghormati hak rakyat untuk memilih perwakilan dan hubungan politik mereka,” kata pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam dalam satu kenyataan.
Meskipun mengakui adalah bidang kuasa ROS untuk melulus atau menolak permohonan untuk pendaftaran parti baru mengikut Seksyen &, Akta Pertubuhan 1966, namun Hasmy berkata menghadkan jumlah parti dan menghalang pendaftaran permohonan baru tidak selaras dengan prinsip hak asasi manusia. Ini kerana ia membataskan kebebasan membentuk persatuan dan kebebasan bersuara.
"Suara rakyat membentuk asas kuasa kerajaan dan sehubungan itu, mereka mempunyai hak untuk memilih perwakilan merea,” katanya.
"Hak menentukan kerajaan adalah hak asasi yang dijamin dalam Perkara 119, perlembagaan persekutuan dan Perkara 21 Deklarasi Hak Asasi Antarabangsa.
Sumber: Malaysiakini
0 comments:
Post a Comment