KUALA LUMPUR 27 JAN: Isu cadangan Kementerian Dalam Negeri(KDN) memperluaskan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984(PPPA) ke internet turut dibantah Ketua Pemuda Umno Malaysia Khairy Jamaluddin.
Menulis diblognya Ahli Parlimen Rembau itu, melahirkan rasa terkejut dan memandang serius kenyataan Ketua Setiausaha KDN, Datuk Mahmood Adam berhubung kemungkinan perluasan skop dan bidang kawal selia akta berkenaan.
Baginya, sambil menasihati kerajaan agar jangan bersikap jumud dan mengambil jalan mudah dengan mengetatkan kekangan serta mengeluarkan undang-undang apatah lagi apabila masyarakat semakin bijak dan matang.
"Sebagai seorang yang sentiasa menggesa kerajaan agar memansuhkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (PPPA), saya begitu terkejut dan memandang serius kenyataan ini," tulis Khairy dalam www.rembau.net.my.
Bagi Khairy ia bukan sahaja suatu langkah yang mengundurkan kita ke belakang, malahan memberi isyarat yang negatif terhadap komitmen kerajaan kepada pengukuhan sistem demokrasi, kemesraan negara sebagai destinasi pelaburan dan perkembangan teknologi terkini.
"Sekiranya tujuan bagi pindaan PPPA adalah bagi tujuan pemantauan dan tindakan ke atas maklumat ataupun siaran yang berbaur hasutan, penghinaan atau bersifat jenayah - bukankah kita sudah memiliki pelbagai akta dan undang-undang samaada di bawah Kanun Keseksaan, Akta Hasutan 1948, Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 mahupun peruntukan undang-undang yang lain? Malah, pihak yang teraniaya juga boleh mengambil tindakan mahkamah menerusi Akta Fitnah 1957.
"Sehubungan dengan itu, saya membantah cubaan bagi meminda suatu akta yang saya sendiri berpendapat tidak relevan lagi bagi peredaran zaman serta generasi muda masa kini," tulisnya lagi.
Malahan dakwa Khairy sebelum ini beliau sendiri telah mencadangkan di Dewan Rakyat kepada pihak kerajaan agar ditubuh suatu badan Suruhanjaya Aduan Media bebas bagi mengawal selia industri media bagi menggantikan peranan PPPA.
Jika kita melihat kepada statistik siber, 84% daripada hampir 8.5 juta pengguna Facebook di Malaysia adalah mereka dalam lingkungan usia 35 tahun ke bawah dan mereka ini pastinya tersinggung dan tidak dapat menerima pindaan yang mengongkong saluran media dan rangkaian sosial yang sudah menjadi seperti sebati dengan mereka.
Sumber: TVSNEWS

0 comments:
Post a Comment