AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Thursday, January 27, 2011

Faekah: Muhyiddin, Noh Dangkal Ilmu


SHAH ALAM 27 JAN: Dua orang Menteri Kabinet, Datuk Seri Najib Razak dilabel sebagai dangkal ilmu apabila meminta Tan Sri Khalid Ibrahim meletakkan jawatan menteri besar hanya kerana usaha meminda perlembagaan negeri gagal memperoleh undi dua pertiga Isnin lalu.

Kenyataan yang dilakukan tanpa berpandukan kepada fakta dan undang-undang menampakkan kedangkalan ilmu seseorang.

“Malang sekali ia dikeluarkan oleh seorang yang masing-masing bergelar timbalan perdana menteri(Tan Sri Muhyiddin Yasin) dan menteri kanan persekutuan(Datuk Noh Omar),” kata Setiausaha Politik kepada Khalid Faekah Husin dalam satu kenyataan hari ini.

Khalid semalam menolak keras gesaan Muhyiddin agar beliau meletakkan jawatan Menteri Besar Selangor ekoran kegagalan kerajaan negeri meminda perlembagaan negeri.

Noh juga melahirkan pendirian yang sama sebelum ini.

“Beliau (Muhyiddin) tidak baca undang-undang Parlimen,” kata Khalid.

Mengulas lanjut kenyataan Muhyiddin dan Noh, Faekah menyindir, pelajar undang-undang pun maklum bahawa mengikut perlembagaan hanya satu sebab yang memberi alasan untuk memaksa seorang ketua kerajaan meletakkan jawatan.

Noh juga merupakan timbalan pengerusi Umno Selangor.

“Ini disebut dalam Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan yang mana apabila ketua kerajaan berkenaanhilang sokongan majoriti dalam Dewan. Peruntukan yang sama diulang oleh semua undang-undang tubuh negeri di Malaysia,” katanya.

Oleh itu kata Faekah, adalah jelas di Dewan Negeri Selangor pada 24 Januari lalu, Khalid masih mempunyai sokongan majoriti Adun.

Katanya, ia bukan sekadar majoriti mudah atau majoriti biasa walaupun ia bukan majoriti dua pertiga.

“Sokongan yang miliki Tan Sri Khalid Ibrahim ialah 34 daripada 55 ahli Dewan.

“Kita tidak hairan apabila kedua-dua menteri tersebut sanggup merendahkan tahap pengetahuan kerana Umno mahu lari dari isu pokok yang sepatutnya menjadi asas perbincangan,” katanya.

Faekah menambah, rakyat jelas melihat bagaimana Umno sanggup lari daripada tanggungjawab mempertahankan kedaulatan negeri dan Raja-raja Melayu.

“Malu dengan tindakan biadab mereka tersebut lantas cuba memesongkan dan mengalihkan isu sebenar dengan meminta sesuatu yang sememangnya mereka tidak mempunyai hak.

“Pada mereka semuanya adalah politik kampungan sedang kita begitu serius dalam agenda mempertahankan maruah negeri yang mendapat dokongan rakyat,” katanya.

Faekah juga berkata kerajaan negeri bersedia menyelesaikan kerenah persekutuan sejak 1993 yang gagal dikesan oleh Umno Selangor sejak sekian lama.

Jelasnya, pindaan perlembagaan yang dicadangkan oleh kerajaan negeri gagal kerana Umno-BN enggan menyokong. Kami bersangka baik yang mereka komited dengan cita-cita mempertahankan kedudukan dan peranan Raja-raja.

“Rupa-rupanya Umno-BN hanya menanam tebu di bibir.

“Mereka hipokrit; bertopengkan (slogan) rakyat didahulukan dan ‘Daulat Tuanku’, namun membenarkan kedaulatan negeri dirobek persekutuan,” katanya.

Bagaimanapun ujar Faekah, meskipun kerajaan negeri gagal meminda perlembagaan, namun masih melihatnya sebagai satu hikmah.

“Rakyat dapat melihat dengan jelas kepura-puraan Umno selama ini.

“Apatah lagi perilaku Ketua Pembangkang Umno pada hari tersebut tidak ubah seperti badut sarkas yang membuat lawak di sepanjang sidang Dewan. Bukan sahaja amat memalukan dengan kehadiran tetamu luar termasuk daripihak istana, lebih menjolok mata lagi ia telah merendahkan martabat institusi Dewan, institusi tertinggi negeri Selangor. Umno akan selamanya terhalang dari segi moral untuk memperkatakan soal mempertahan maruah negeri dan rakyat Selangor apatah lagi kedaulatan Raja-raja Melayu,” katanya.

Beliau juga berkata, hakikatnya meskipun Pakatan Rakyat sedih kerana gagal mengembalikan hak negeri dan Sultan, namun Umno jauh “lebih mengecewakan” apabila wakil-wakil rakyat mereka telah menunjukkan mutu pemikiran dan hujahyang sangat rendah.

“Apatah lagi bukan sahaja rakyat Selangor yang melihatnya tetapi seluruh dunia kerana sidang mesyuarat tersebut disiar secara langsung ke seluruh dunia,” katanya.

Selangor yang mengadakan sidang khas Isnin lalu gagal mendapat sokongan majoriti dua pertiga untuk meminda Perkara 52 (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri 1959.

Usul pindaan rang undang-undang, yang dibentangkan oleh Khalid, bertujuan mengembalikan kuasa melantik tiga pegawai eksekutif Selangor iaitu Setiausaha Kerajaan Selangor, Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri kepada Sultan Selangor dan Menteri Besar.


Sumber: TVSNEWS

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009