AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Thursday, December 16, 2010

Wikileaks Tidak Harus Tenggelamkan Isu Kenaikan Harga Barang


KUALA LUMPUR 16 DIS : Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, pendedahan kontroversi Wikileaks tidak seharusnya menenggelamkan isu kenaikan harga petrol, diesel, gas dan gula pada 4 Disember lalu.

Katanya, pendedahan Wikileaks yang mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kes liwat dan Datuk Seri Najib Razak dengan dakwaan skandal pembunuhan Model Mongolia Altantuya Shaaribuu tidak seharusnya mengalihkan perhatian rakyat yang sememangnya marah dengan tindakan kerajaan itu.

“Isu harga barang telah menimbulkan kemarahan rakyat, kerana mereka sudah mula terasa dengan kenaikan harga barang-barang keperluan harian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Idris, umum mengetahui tentang ketakutan BN terhadap kemarahan rakyat dengan kenaikan harga keperluan dan ia telah menjadi bualan di kalangan rakyat peringkat bawahan termasuk di kalangan penyokong tegar Umno.

“Isu WikiLeaks telah memberi peluang kepada media untuk mengalihkan isu kenaikan harga barang pada ketika ini.

“Banyak jawapan Pak Pandir oleh pemimpin BN yang bertaraf Menteri untuk dijadikan halwa telinga, supaya rakyat jangan marah. Antaranya harga petrol lebih murah daripada Singapura, bukan kenaikan tetapi penyelarasan, bukan kenaikan tetapi subsidi dikurangkan, kerajaan kena naik harga minyak kerana mengelak daripada diseludup ke negara jiran,” katanya.

Idris juga mendakwa media arus perdana pula diarahkan supaya jangan meletakkan tajuk petrol naik, sebaliknya mereka dikehendaki mengunakan istilah penyelarasan.

“PAS mengingatkan kepada jentera penerangan di peringat akar umbi mesti menaikkan kain rentang dan gunakan media baru seperti facebook, twitter, blog untuk menaikkan amarah rakyat kepada BN yang tidak bijak menguruskan negara.

“Mesti garapkan isu ini supaya rakyat bangkit menolak kerajaan BN dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya.


Sumber: TVSNEWS

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009