AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Thursday, December 16, 2010

Subjek Sejarah Diperkenal Dalam SPMU Walau Buku Teksnya Penuh Fakta Mengelirukan


KUALA LUMPUR 16 DIS : Mata pelajaran Sejarah akan diperkenal dalam Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) mulai tahun 2014, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata ini bagi memberi peluang kepada murid memperbaiki keputusan dan berupaya memperolehi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Ketika ini SPMU hanya ditawarkan untuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik sahaja," katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk Dr Yeow Chai Thiam pada persidangan Dewan Negara di sini, hari ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata format peperiksaan dan pentaksiran ke atas murid juga akan direka bentuk semula untuk lebih memotivasikan mereka ke arah mempelajari dan menghayati sejarah terutamanya sejarah tanah air.

Pada Oktober lepas, kerajaan mengumumkan selain Bahasa Melayu, Sejarah juga akan dijadikan mata pelajaran wajib lulus sebagai syarat untuk mendapat sijil
SPM bermula tahun 2013.

Terdahulu negara dikejutkan dengan pendedahan bekas penulis buku, Dr Ranjit Singh Malhi yang pernah menjadi penasihat buku teks sejarah kepada Kementerian Pelajaran mendedahkan, kebanyakan fakta yang terkandung dalam buku tersebut dibanjiri dengan fakta salah dan diputarbelitkan.

Beliau juga memaklumkan pernah membuat memberitahu pegawai kementerian berkenaan bersabit hal itu, namun beliau dituduh sebagai ‘anti nasional’.

Kenyataan Dr Ranjit it turut dipersetuji oleh Ng How Kuen yang menulis buku sejarah untuk Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJK).

Ng melahirkan kebimbangannya bahawa seseorang pelajar itu akan terpaksa menerima sesuatu versi sejarah yang ditetapkan atau menghadapi risiko gagal dalam keputusan keseluruhan peperiksaan tersebut.

Menurut Ng, berdasarkan fakta-fakta yang salah dan diputarbelitkan itu, sudah tiba masanya kandungan fakta buku-buku teks berkenaan dikaji semula.

“Kita selalu terpaksa menerima atau mengikut kurikulum yang disediakan oleh Kementerian pelajaran dan sekali gus membolehkan parti pemerintah memiliki kelebihan dalam mentafsir sejarah kita," ujar Ng.

Malah Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof Dr Abdul Aziz Bari turut menyelar tindakan pihak tertentu yang cuba menyembunyikan mahupun memadamkan fakta sejarah negara.

Menurut Dr Aziz, dalam mendokumentasikan sejarah sesebuah negara, sentimen-sentimen seperti politik haruslah diketepikan bagi menjamin ketelusan maklumat berkenaan.


Sumber: TVSNEWS

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009