AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Thursday, December 2, 2010

Walau Dikritik KEADILAN Tetap Jalankan Pemilihan, Umno Awal Lagi Kecut Perut

SNI18KUALA LUMPUR 2 Dis - Keputusan Umno menangguhkan pemilihan jawatan di peringkat cawangan, bahagian dan pusat memberikan gambaran parti itu berada di dalam keadaan yang cukup lemah serta ketidakyakinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terhadap keupayaan ahlinya untuk melalui proses demokrasi dalam parti itu.

Ahli Parlimen Machang Saifuddin Nasution Ismail dalam sidang media di lobi Parlimen semalam berkata Najib bimbang pemilihan yang bakal diadakan itu menyebabkan parti itu menjadi kacau bilau dan porak-peranda.

"Kita tengok dalam Pakatan Rakyat, walaupun kita berdepan dengan suasana politik yang begitu ganas terutama layanan media perdana tetapi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) tetap meneruskan pemilihan.

"DAP juga meneruskan pemilihan partinya sementara pemilihan PAS pula akan berlangsung pada bulan enam tahun depan. Saya difahamkan oleh rakan-rakan pimpinan dalam PAS, ianya akan berjalan mengikut jadual," kata saifuddin.

Ini membuktikan Pakatan Rakyat adalah parti yang menghormati hak anggota dan kita tidak menggunakan perlembagaan parti sebagai klausa jalan keluar untuk menyembunyikan kelemahan parti seperti mana yang dilakukan oleh Umno-BN.

"Najib cuba memberikan alasan bagi menggelakkan ketegangan tetapi jikalau betul Umno parti yang terkuat, kukuh dan bersatu-padu, Beliau sepatutnya tidak perlu bimbang bahawa proses pemilihan umno itu akan menyebabkan kacau-bilau dan porak-peranda.

"Ini sekaligus memberikan gambaran yang jelas tentang kedudukan sebenar umno sebagai satu parti yang sangat rapuh dan najib sendiri tidak mempercayai kematangan ahlinya melakukan pemilihan.

"Pemilihan umno hanya ditentukan oleh 60,000 daripada 3.4 juta ahlinya iaitu bersamaan 1.7 peratus berbanding pemilihan KEADILAN pula ditentukan melalui satu anggota, satu undi," jelas beliau yang juga Setiausaha Agung KEADILAN.

Ujar Saifuddin, walaupun cuma segelintir sahaja ahli Umno yang terlibat, itu pun Najib tidak ada keyakinan bahawa perjalanan pemilihan itu boleh diadakan dengan baik.

Rekod Umno mengada pemilihan juga jauh lebih buruk apabila dalam mesyuarat sebuah bahagian Umno di Kelantan sebelum ini hanya boleh dihentikan melalui tembakan pistol di udara.

"Bayangkanlah keadaan yang akan mereka lalui, dan sebab itulah diarahkan Utusan dan media Umno yang lain berhabis-habisan menyerang PKR, di mana pada masa yang sama Najib pula berasa bimbang untuk meneruskannya pemilihan dalam partinya sendiri," ujar Saifuddin lagi.


Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009