AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Monday, December 13, 2010

Surat Mohon Singapura Beri Penjelasan- Tian Chua


KUALA LUMPUR 13 DIS: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua akan menghantar surat kepada kedutaan Singapura memohon penjelasan berhubung penyebaran maklumat tidak tepat mengenai negara Malaysia.

Menurut beliau, informasi kurang tepat hanya memberi gambaran negatif terhadap Malaysia di mata masyarakat dunia.

"Saya tengah rangka dan saya harap hari ini samada petang ini atau esok saya boleh hantar," kata beliau di lobi parlimen hari ini.

Tian juga percaya diplomat negara Singapura tidak tahu akan perkara sebenar yang berlaku di negara ini.

"Kenapa Singapura mahu sebarkan maklumat tidak tepat kepada negara lain.

"Adakah menunjukkan mereka berniat memburukkan imej Malaysia dan saya anggap ini adalah perkara serius dan harap dapat penjelasan daripada kedutaan Singapura," ujar beliau kepada media.

Tian yang juga Ahli Parlimen Batu berkata negara mampu membuktikan kepada masyarkat antarabangsa bahawa negara Malaysia adalah stabil.

Justeru katanya, kepimpinan negara mempunyai kebijaksanaan untuk menyelesaikan masalah dalaman dan tidak perlu campur tangan luar.

Tambahnya lagi, Singapura tidak perlu berasa kurang selamat terhadap situasi politik di Malaysia.

"Singapura perlu ambil pendirian proaktif untuk membina hubungan baik dengan Malaysia dengan meletakkan keyakinan dan kepercayaan antara satu sama lain dan bukan hidup dalam ketakutan selain memburukkan imej Malaysia kepada masyarakat antarabangsa," kata beliau lagi.

Semalam akhbar Australia mendedahkan tentang komen-komen negatif pegawai atasan Singapura berkenaan Malaysia.


Sumber: TVSNEWS

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009