AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Wednesday, December 1, 2010

Isu air: Mahasiswa ikrar iring MB Selangor berdemo


SHAH ALAM, 1 Dis – Kumpulan mahasiswa di negara ini berikrar mengiringi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi membantah kenaikan tarif air oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Ahad ini.

Memetik laporan Malaysiakini, kumpulan yang membabitkan Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Industri Selangor (Unisel) dan Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden (Kami) akan disertai sekurang-kurangnya 300 mahasiswa dari seluruh Lembah Klang.

Presiden Kami, Hilman Idham berkata, ini kerana banyak mahasiswa yang tinggal di rumah sewa turut terjejas secara langsung sekiranya tarif air dinaikkan sebanyak 37 peratus.

“Selangor merupakan negeri yang memuatkan institusi pengajian tinggi yang menjadi rumah kedua kepada sebilangan besar mahasiswa dari seluruh pelosok negara.

“Sebahagian besar mahasiswa tidak mendapat kemudahan kolej kediaman dan sebilangan besar daripadanya tinggal menyewa di kawasan perumahan berhampiran universiti atau kolej kediaman,” katanya.


Sumber: Selangorkini

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009