Arkib Blog

Monday, November 15, 2010

SPR Lembab, Sistem Pendaftaran Pengundi Secara Otomatik Mesti Disegerakan

sprKUALA LUMPUR 15 Nov - Keberkesanan kos pendaftaran pengundi baru yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi program 'outreach' dipertikaikan kerana badan tersebut membelanjakan RM13.81 untuk setiap pengundi baru berbanding RM1 sahaja yang dibayar untuk setiap pengundi yang didaftarkan oleh Penolong Pendaftar daripada parti politik.

Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching berkata berdasarkan kepada jumlaj seramai 4.3 juta rakyat Malaysia yang berkelayakan yang masih belum berdaftar sebagai pengundi, ini bermakna pihak SPR terpaksa memperuntukkan dana awam sebanyak RM59.5 juta.

Malah sebanyak RM2.23 juta telah dibelanjakan untuk mendaftar seramai 161,148 pengundi abaru pada tahun 2009.

Menurut statistik yang dibekalkan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, setakat ini terdapat 11,381,193 pengundi berdaftar dan 4,304,620 pengundi berkelayakan yang belum mendaftar dengan SPR.

"Jumlah yang bekum mendaftar adalah mencemaskan. Ramai pemimpin BN membayangkan pilihan raya umum akan diadakan pada awal tahun depan dan sekiranya ini berlaku 27.4 peratus rakyat Malaysia yang berumur 21 ke atas akan dinafikan hak mengundi serta menentukan kerajaan pilihan mereka.

"SPR telah berkali-kali berjanji mendaftarkan seramai mungkin rakyat Malaysia yang berkelayakan sebelum PRU-13. Untuk itu peruntukan sebanyak RM726,000 telah diberikan di dalam Bajet 2009 dan RM500,000 lagi dalam bajet tambahan 2009. Sebanyak5,635 program 'outreach' telah dijalankan diseluruh negara dengan 161,148 pengundi baru diperolehi.

"Menurut laporan tahunan SPR 2009 hanya seramai 279,490 pengundi baru didaftarkan sepanjang tahun lalu. Dengan jumlan lebih 4.3 juta pengundi yang masih belum didaftarkan, jumlah 2009 dianggap amat sedikit sekitar 6.5 peratus sahaja. Bagi saya SPR tekah gagal memenuhi syarat KPI (Indeks Prestasi Utama) mereka," kata Nie Ching yang juga Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP.

Nie Ching berkata ketidakefisyenan SPR memerlukan supaya sistem pendaftaran pengundi secara otomatik dilaksanakan segara di mana sistm yang sama telah beroperasi Jerman, Finland, Denmark, Norway dan Taiwan.

Kata beliau tidak ada sebab mengapa ia tidak boleh diadakan di Malaysia apabila pihak Jabatan Pendaftaran Negara memiliki semua butiran rakyat seperti tarikh lahir, nombor kad pengenalan dan alamat.

Beliau berkata alasan yang diberikan oleh Nazri ketika menolak perlaksanaan pendaftaran pengundi secara otomatik bahawa kerajaan tidak boleh memaksa rakyat tidak boleh diterima akal kerana sistem tersebut tidak boleh disamakan dengan undang-undang wajib mengundi disesetengah negara seperti Australia, Chile, Fiji dan Brazil.

"Apa yang penting setiap rakyat Malaysia diberikan hak menentukan masa depan mereka dan tidak dinafikan semata-mata kerana proses dan peraturan birokratik," tegas Nie Ching lagi.


Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009