AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Monday, November 15, 2010

Sebelum Pilihan Raya Umno-BN Tunjuk Semangat Muhibbah, Lepas Menang Tukar Jadi Rasis

lks2KUALA LUMPUR 15 Nov - Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang membidas sikap hipokrit pemimpin Umno-Barisan Nasional yang mengeluarkan kenyataan bersifat inklusif dalam semangat 1Malaysia semata-mata untuk memenangi pilihan raya tetapi berubah kepada semangat perkauman dan rasis setelah mencapai kejayaan di peti undi.

Kata beliau ini jelas dilihat dua hari sebelum hari mengundi bagi pilihan raya kecil Galas dan Batu Sapi, kedua-duanya pada 4 November lalu, apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengatakan pada Forum Ekonomi Antarabangsa Cinba bahawa tanpa sokongan kaum Cina, matlamat Visi 2020 mungkin tidak tercapai.

"Namun kurang seminggu daripada kemenangan Umno-BN di Galas dan Batu Sapi kita melihat pelbagai kenyataan berbaur perkauman dikeluarkan terhadap kaum Cina dan India.

"Pada 9 November Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menghina kaum Cina dan India apabila beliau berkata kurangnya bilangan anggota tentera dari kalangan kedua-dua kaum tersebut adalah disebabkan kurangnya semangat patriotisme," tegas Kit
Siang dalam kenyataannya.

Keesokan harinya pula akhbar milik Umno, Utusan Malaysia menerbitkan sebuah artikel yang menganggap rusuhan kaum 13 Mei sebagai hari yang mulia dan ia sepatutnya di sambut oleh rakyat Malaysia.

Kit Siang kesal soalan tambahan beliau kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berhubung tindakan akhbar tersebut mengagungkan peristiwa paling hitam dalam sejarah Malaysia tidak dibenarkan oleh Speaker Dewan Rakyat.

"Oleh kerana Utusan Malaysia adalah lidah Umno, artikel tersebut seharusnya dipandang serius kerana ia memberi tamparan kepada dasar 1Malaysia Najib.

"Bagaimana Perdana Menteri boleh mengharapkan konsep dan dasar 1Malaysia mempunyai keredibiliti sekiranya terdapat banyak percanggahan yang bersifat Jekyll-Hyde?" soal beliau.

Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009