AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Monday, November 22, 2010

Permohonan Nota Klinikal Pembelaan Ditolak, Keterangan Lisan Mencukupi Kata Hakim

saifulhklKUALA LUMPUR 22 Nov - Seperti dijangka, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah hari ini menolak permintaan pihak pembelaan kes Fitnah II terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan nota klinikal oleh tiga doktor yang memeriksa saksi utama Mohd Saiful Bukhari Azlan

Prosiding yang bersambung setelah sebulan ditanggukan mendengar alasan penolakan hakim bahawa pihak pembelaan gagal memenuhi keperluan perundangan untuk mendapatkan nota berkenaan.

Kata Mohamad Zabidin pembelaan hanya membuat permohonan mendapatkan nota klinikal tersebut atas gerak hati untuk menonjolkan percanggahan dalam keterangan Mohd Saiful.

"SP2 (Dr Razali Ibrahim) dipanggil oleh piha pendakwaan, apa yang penting bagi mahkamah adalah keterangan lisan beliau.

“Nota hanya digunakan untuk mengingatkan kembali ingatan SP2...ia tidak dibenarkan di segi perundangan, dan SP2 telah tegaskan beliau tidak perlukan nota untuk mengingatkan kembali ingatannya," Mohamad Zabidin.

Walaupun dibantah ketua pasukan pembelaan, Karpal Singh, Hakim tetap menerima laporan perubatan daripada doktor HKL itu sebagai bahan bukti.

“Bukti oleh pakar tidak bermakna jika ia tidak disokong oleh bukti. Ini bukan sahaja persoalan sama dibenarkan atau tidak.

"Kami menerima keputusan Yang Arif dengan berat hati walaupun keputusan ganjil," kata Karpal.

Bagaimanapun Karpal berkata beliau akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan berkenaan.

“Fungsi pakar ialah memberikan pandangan sebenar beliau dan membentangkan di hadapan mahkamah semua data yang mana beliau landaskan pandangannya, ini kerana pihak mahkamah yang akan membuat keputusan samada menerima atau menolak pandangan beliau.

“Dalam ketiadaan kenyataan alasan yang jelas dan tepat adalah sukar bagi mahkamah memahami pandangan seorang pakar. Ia juga tidak adil bagi pihak pembelaan yang akan menyoal balas pakar tersebut berhubung kesahihan pandangan beliau.

"Mana-mana pandangan tanpa menyatakan alasan (yang kukuh) adalah tidak bernilai dan tidak berguna sebagai bahan bukti," hujah beliau.

Mohamad Zabidin kemudiannya menangguhkan perbicaraan sehingga jam 12.30 tengahari.


Sumber: Suara Keadilan

1 comments:

stitching orders on November 16, 2021 at 6:14 PM said...

Bagaimanapun Karpal berkata beliau akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan berkenaan. cotton printed salwar suits wholesale , garment stitching unit ,

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009