AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Friday, November 12, 2010

Pemuda PAS desak MSN dibubar segera


KOTA BHARU, 12 Nov: Pemuda PAS mendesak Majlis Sukan Negeri (MSN) dibubarkan segera bagi membolehkan segala peraturan yang termaktub di bawah Akta Majlis Sukan Negara Malaysia 1971 dapat dilaksanakan.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, pendedahan kerajaan negeri mengenai status sebenar MSN yang bertentangan dengan akta membuktikan Umno membelakangi semangat federalisme.

Semalam Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Ihsan, Belia, Sukan dan NGO, Abdul Fattah Mahmood mendedahkan pelantikan Pengerusi MSN bercanggah dengan Akta Majlis Sukan Negara Malaysia 1971.

Ahmad Fadzli berkata, fakta tersebut membuktikan kerajaan pusat semenjak 1990 menganaktirikan Kelantan dalam banyak situasi lain.

Antaranya kerajaan pusat membeku sejumlah 118 projek melibatkan kawasan seluas 1,086 hektar di 10 jajahan di negeri ini berlaku seak RMK- 6 hingga sekarang.

Selain itu penafian terhadap hak untuk mendapatkan royalti minyak yang dikeluarkan dari bumi Kelantan dan digantikan dengan wang ihsan.

”Penubuhan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) disifatkan sebagai kerajaan dalam kerajaan. JPP merampas hak kerajaan negeri bagi menerima agihan peruntukan pembangunan.

”Keengganan kerajaan pusat membina tembatan banjir di Sungai Golok, walaupun peruntukan telah diluluskan sejak RMKe-7 lagi,” katanya dalam satu kenyataan.

Ahmad Fadzli berkata, banyak bukti lain lagi menggambarkan keengkaran Umno yang menerajui kerajaan pusat mematuhi perlembagaan.

Antaranya melengah-lengahkan penyaluran geran kewangan tahunan yang sepatutnya dibayar dua kali setahun, tetapi dilewatkan pembayaran dan dibayar sekaligus hanya pada penghujung tahun.

”Sedangkan pemberian geran wajib kepada Kumpulan Wang Rezab Negeri termaktub dalam Perkara 109 dan Perkara 110, Perlembagaan Persekutuan,” katanya.


Sumber: Harakah Daily

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009