SHAH ALAM – Masih terlalu awal untuk membuat penilaian berhubung isu pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) memandangkan ia masih di peringkat awal.
Ketua Penerangan PKR Negeri, Datin Paduka Tan Yee Kew berkata, pada ketika ini, isu siapa yang sedang mendahului tidak begitu penting kerana masih banyak negeri yang belum membuat pemilihan.
“Saya harapkan semua akan keluar mengundi ini adalah satu persaingan sihat dan perkara yang baik untuk parti, jadi setiap orang melihat bagaimana kita menjalankannya
“Ini kali pertama kita adakan pilihan secara langsung, jadi semua ahli berhak untuk mengundi tapi saya semua ahli akan keluar mengundi supaya mereka dapat mempraktikkan hak demokrasi mereka sebagai seorang ahli parti,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Cabang Kota Raja, Shuhaimi Shafiei berkata, dalam proses demokrasi yang tidak dikawal oleh sesiapa rekod kerja menjadi ukuran siapa yang akan dipilih ahli sebagai pemimpin mereka.
Katanya, beliau yakin akan berlaku perubahan pada kedudukan mereka untuk minggu seterusnya.
“Pemimpin yang akan dipangkah ialah seseorang yang sudah diuji dan teruji daya kepimpinannya, sudah dinilai dari segi perkhidmatannya, setia kepada parti selain mempunyai disiplin kepada parti.
“Pemimpin tersebut haruslah memahami lapangan politik, digeruni lawan dan dihormati ahli parti serta mempunyai misi parti yang jelas. Dan tidak boleh mengharapkan kepada populariti semata-mata,” katanya.
Ketua Wanita PKR Negeri, Haniza Mohamed Talha turut menyokong kenyataan Shuhaimi malah berpendapat pemimpin masih boleh berkempen.
“Pemilihan ini berlangsung dalam tempoh beberapa minggu, kita kena faham pengundi paling ramai adalah Selangor.
Jadi, terlalu awal hendak buat penilaian kerana pemilihan belum menyeluruh dan pengundi paling ramai adalah di Selangor tetapi Selangor akan buat pemilihan pada 13 dan 14 November ini,” katanya.
Ketua Angkatan Muda Selangor, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin berkata, sehingga hari ini semua pihak tidak boleh meletakkan siapa yang bakal menang kerana masih di minggu pertama
“Ini baru tiga hari mula mengundi, kita ada tiga empat pusingan lagi malah Selangor, Sabah, Sarawak pun masih belum buat undian.
“Semua calon masih lagi berpeluang kerana ada beberapa pusingan dan jumlah pengundi masih boleh ditingkatkan lagi,” katanya.
Sumber: Selangorkini
0 comments:
Post a Comment