AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Tuesday, November 9, 2010

Nazri Hina Kit Siang, Tarik Balik Kenyataan

lks2KUALA LUMPUR 9 Nov - Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz menarik balik ucapannya yang mencemuh Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang berhubung dakwaan beliau mengeluarkan kata-kata 'Umno kafir' dalam ceramah semasa kempen di dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Galas.

Ahli Parlimen Batu Gajah, Fong Poh Kuan yang membangkitkan Peraturan Mesyuarat 36(12) selepas selesai sesi soal jawab pagi tadi meminta Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar menggantung Nazri yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas selepas didapati menghina Kit Siang berhubung dakwaan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang
disiarkan di ahkbar Berita harian, minggu lalu.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Tanjong Piai, Datuk Wee Jeck Seng meminta Perdana Menteri menyatakan jumlah pegawai kerajaan yang telah menerima hukuman tatatertib atas sebab isu perkauman di Malaysia semasa menjalankan tugas yang diamanahkan oleh rakyat.

Nazri yang mewakili Perdana Menteri berkata isu yang membabitkan kenyataan berbaur perkauman dan menyentuh perkara yang sensitif adalah pertama kali berlaku dan tindakan sudah diambil kepada mereka yang terlibat.

Menurut beliau, terdapat tiga pegawai kerajaan yang didakwa mengeluarkan perkataan berbaur perkauman membabitkan Pengetua Sekolah Menengah Tuanku Abdul Rahman Putra Johor, Pengetua Menengah Bukit Selambau Kedah dan Penolong Pengarah Biro Tata Negara (BTN)
Wilayah Persekutuan.

"Bagi kes melibatkan Pengetua sekolah di Johor, pengetua berkenaan masih lagi di dalam prosiding sementara Pengetua sekolah Bukit Selambau telah diberikan amaran oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

"Kedua-dua pegawai telah telah digantung daripada menjalankan tugas dan ditempatkan di Jabatan Pelajaran negeri masing-masing berkuatkuasa pada 23 Ogos sementara kes Penolong Pengarah BTN telah diberi amaran dan telah digantung tugas pada 6 Oktober lepas," kata beliau.

Kit Siang yang juga Ketua Parlimen DAP dalam soalan tambahannya mempersoalkan mengapa kerajaan lambat lambat bertindak walaupun tempoh yang diberikan kepada pengetua berkenaan sudah tamat untuk mereka memberikan penjelasan.

Dalam jawapannya, Nazri mendakwa Kit Siang mengatakan 'Umno kafir' dalam kempen dalam PRK Galas .Khamis lalu, Berita Harian membuat pembetulan berhubung laporan yang memetik ucapan Ali yang mendakwa tokoh Kit Siang mengeluarkan kenyataan "Umno kafir" dalam satu ceramah pilihan raya kecil di Gua Musang.

Dalam pembetulan yang disiarkan dalam akhbar itu hari ini, pada muka surat 8, pengarangnya berkata laporan
mereka "bukan merujuk kepada penasihat DAP" itu.

"Ucapan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dalam ceramahnya, DAP semakin berani mencampuri urusan agama Islam di peti undi Kampung Baru Hulu, Gua Musang seperti disiarkan Berita Harian semalam, bukan merujuk kepada penasihat DAP, Lim Kit Siang.

"Kesilapan dikesali - Pengarang," pemberitahuan itu dipetik.


Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009