KUALA LUMPUR 9 Nov - Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang membidas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein apabila beliau enggan menjawab isu berhubung kes “Mata Lebam” yang dibuat melalui pendedahan surat terbuka Datuk Mat Zain Ibrahim, bekas pegawai kanan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang meminta Menteri membuka semula kertas siasatan.
Kit Siang yang bangkit ketika Menteri mengakhiri hujah pergulungan perbahasan kementeriannya berkata isu tersebut adalah berkait dengan kewibawaan PDRM yang membabitkan pegawai tertinggi dalam badan itu.
Hishammuddin ketika membalas hujah tersebut berkata perkara itu tidak dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Ipoh Timur dalam perbahasan sebelum ini.
Katanya, melalui maklumat yang diterima, tidak ada butiran berhubung isu berkenaan di dalam perbahasan.Kit Siang yang tidak berpuas hati mempersoalkan mengapa pegawai yang diarahkan kementerian tersebut tidak membuat catitan berhubung isu yang beliau telah bangkitkan semasa perbahasan Bajet 2011, minggu lalu.
Hishammuddin kemudiannya memberikan alasan kononnya atas faktor kekurangan masa untuk berbahas dan akan memberikan jawapan secara bertulis berhubung soalan yang dibangkitkan itu.
Sumber: Suara Keadilan

0 comments:
Post a Comment