AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Wednesday, November 10, 2010

Loke: Belanja perjalanan menteri bercanggah

Jawapan bertulis terbaru Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berhubung butiran perjalanannya adalah RM300,000 kurang daripada jawapan yang hampir sama diberikan dua minggu sebelum ini.

Ahli parlimen Rasah, Anthony Loke berkata percanggahan jawapan Ng semalam berhubung butiran perbelanjaan perjalanannya bagi Januari sehingga Oktober adalah RM1.28 juta tetapi jawapannya kepada MP Pandan, Datuk Seri Ong Tee Keat pada 28 Oktober lalu hanya mencatatkan jumlah RM1.58 juta.

"Terdapat perbezaan RM300,000... Adakah kerana menteri terlalu letih dengan penerbangan sehingga dia baca angka yang salah?” perlinya.

Ng sebelum ini sering-kali menjadi bidasan ahli parlimen pembangkang di Dewan Rakyat yang menuntut jawapan berhubung lawatan luar negara yang didakwanya bagi mempromosi Malaysia.

Beberapa ahli parlimen menuntut menteri pelancongan itu memberikan butiran terperinci perbelanjaannya, khususnya ketika ke New Zealand dan Australia yang menelan belanja RM245,000.

Semalam dalam jawapannya Ng mendakwa ia merupakan hasil promosi menerusi lawatan, yang termasuk taklimat kepada 9,173 individu menerusi 306 acara iaitu seminar, travel mart, sidang media, wawancara media, perjumpaan khas termasuk berjumpa dengan 20 menteri pelancongan dari Asean, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec), Pertubuhan Pelancongan Dunia (UNWTO) dan kumpulan 20 negara anggota atau G20.

Merujuk jawapan bertulis Ng berhubung 'misi' tujuh hari ke Eropah pada 25 hingga 31Mei lalu, Loke berkata

"Adakah ini lawatan membeli-belah atau apa?” soal Loke sambil berkata jumlah itu tidak masuk akal kerana kebanyakan pelancong yang melawat Malaysia bukan datang dari Eropah.

Menurut jawapan bertulis Ng lagi, lawatan ke Eropah berkenaan membabitkan “dua delegasi” dari Kementerian Pelancongan yang melawat London, Munich dan Milan.

Semasa lawatan itu, Ng dikatakan berjumpa dengan Persatuan Diraja Hortikultural bagi mempromosi taman-taman di Malaysia manakala pegawai Tourism Malaysia pula terbabit dengan Pameran Bunga Chelsea.

Katanya lagi, Tourism Malaysia memenangi pingat emas di bawah kategori 'pameran taman' dan kemudiannya diwawancara oleh BBC.Menurut Loke, ini bukan kali pertama Ng memberikan butiran perbelanjaan lawatan yang bercanggah.

Beliau memberi contoh misi kementerian itu ke negara-negara Teluk antara 4 hingga 12 Mei lalu.

Jawapan Ng kepadanya mengatakan kos yang terbabit adalah RM97,000, tetapi jawapan menteri itu kepada ahli parlimen Batu, Tian Chua sebelum itu, pula adalah RM300,000.

Loke berkata beliau berharap menteri berkenaan dan kementeriannya akan bertindak lebih profesional dalam menjalakan tugas mereka.

"Kami akan terus baca dan bandingkan jawapan dengan apa yang diberikan sebelum ini, baik daripada MP Pakatan mahupun BN untuk pastikan jumlah yang diberikan adalah konsisten,” katanya.


Sumber: Malaysiakini

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009