AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Tuesday, November 9, 2010

Kes Pisau Lipat 20 Sen Ditangguh Ke 9 Mac


KUALA KUBU BHARU 9 NOV : Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu hari ini menangguhkan perbicaraan kes pisau lipat 20 sen terhadap Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Fariz Musa dan empat anggota AMK sehingga 9 Mac tahun depan.

Fariz menerusi laman sosial 'Facebook'nya memberitahu mahkamah ditangguhkan lagi berikutan saksi pendakwaraya tidak dapat hadir.

Sebelum itu, Hakim Zuraidah Zakaria pada 28 Julai lepas, menangguhkan kes dan menetapkan hari ini bagi meneruskan perbicaraan.

Penangguhan ketika itu dibuat selepas hakim mendapati ketiadaan kertas penyiasatan (IP) daripada pihak pendakwa raya.

Fariz dan empat anggota AMK ditahan 21 April lalu ketika kempen pilihahnraya kecil Hulu Selangor atas dakwaan di bawah Akta Kanun Keseksaan Seksyen 426, kerana memiliki senjata berbahaya dan bahan letupan.

Mereka dituduh memiliki beberapa keping pisau lipat yang dipercayai digunakan untuk menurunkan kain rentang Barisan Nasional yang dianggap perbuatan provokasi semasa kempen PRK Hulu Selangor.


Sumber: TVSNEWS

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009