AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Tuesday, November 9, 2010

Bukan Melayu Kurang Patriotik : Zahid Hamidi


KUALA LUMPUR 9 NOV : Kurang semangat patriotisme antara punca masyarakat Cina dan India tidak terlibat dalam bidang ketenteraan di negara ini.

Perkara ini dilontarkan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Dewan Rakyat semasa sesi soal jawab berhubung soalan yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Setiu, Mohd Jidin Shafee berhubung perangkaan rekrut terbaru tentera sejak dua tahun kebelakangan ini dan pecahan jumlah itu mengikut bangsa.

Beliau dalam soalannya juga ingin tahu punca atau sebab di sebalik kekurangan bangsa-bangsa tertentu menganggotai Angkatan Tentera Malaysia.

Zahid berkata 9,054 pegawai dan anggota lain-lain pangkat diserapkan ke ATM sejak dua tahun lalu, berbanding 14,749 yang direkrut pada 2006 hingga 2008.

Sepanjang 2008 hingga 2009, seramai 8,151 orang atau 90 peratus adalah berbangsa Melayu, 26 orang atau 0.29 peratus adalah Cina, 82 orang atau 0.91 peratus India manakala 795 atau 8.8 peratus adalah bangsa-bangsa lain termasuk kalangan bumiputera dari Sabah dan Sarawak.

“Kementerian mendapati pembabitan bukan Melayu, khususnya di kalangan masyarakat Cina dan India di bawah tahap yang memuaskan.

“Ia juga berkemungkinan dipengaruhi oleh faktor-faktor lain seperti takut disiplin ketenteraan yang ketat, gaji yang rendah berbanding swasta atau tiada galakan daripada keluarga,” kata Zahid.

Katanya lagi, ia juga mungkin disebabkan kekurangan sokongan daripada masyarakat berkenaan sendiri ataupun tanggapan negatif terhadap ATM.

Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran yang bangun membuat bantahan menurut Peraturan Mesyuarat 36(10)(c).

Kulasegaran dalam hujahnya menuntut Zahid memohon maaf berhubung kenyataannya bahawa bukan Melayu kurang semangat patrotik punca mereka kurang minat menganggotai angkatan tentera.

Oleh kerana Zahid telah meninggalkan Dewan Rakyat ketika itu, Kulasegaran melabelkan menteri itu sebagai 'pengecut' meskipun sebelum itu telah dimaklumkan supaya terus berada di parlimen.

Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia kemudiannya menegur Kulasegaran agar tidak mengeluarkan kata-kata yang dianggap tidak sesuai, iaitu perkataan “pengecut”.


Sumber: TVSNEWS

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009