AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Monday, November 8, 2010

Bukan Melagakan Tetapi Perbuatan Zambry Jelas Khurafat


SHAH ALAM 8 NOV - Dakwaan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Kadir bahawa PAS senjaga menggunakan agama untuk menyerang beliau dibidas oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussain.

Zambry sebelum ini mendakwa bahawa PAS sengaja menggunakan agama untuk menyerang beliau dan melaga-lagakan antara beliau dan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.

Sebelum ini, pada upacara ketika merasmikan program Projek Infra Bina Upaya (IBU) di Kampung Guar dalam DUN Manong 17 Oktober lalu, Zambri telah meletak ancak ke tiang seri di tapak pembinaan rumah orang kurang upaya.

Menurut Abu Bakar, realitinya, perbuatan Zambry dianggap khurafat dan bercanggah dengan ajaran Islam dan mempersoalkan mengapa Harussani bersikap pilih bulu dalam menegur perkara sedemikian.

"Realitinya ni dia dah buat satu amalam yang bercanggah dengan islam, jadi sebab tu bila dia buat, mufti tak beri sebarang komen sedangkan terkena pada pembangkang saja, dia cepat tapi bila terkena pada Umno-Barisan Nasional(BN) dia mendiamkan diri oleh itu, satu tindakan agresif yang dibuat oleh dewan pemudalah," komen beliau kepada TV Selangor.

Sebelum ini, Ketua Dewan Pemuda PAS Perak Zawawi Hasan menyelar penglibatan beliau dalam hal ini dan menyatakan upacara itu diwarisi oleh orang dahulu yang bersifat "karut, syirik dan dan bercanggah dengan akidah Islam".

Menurut Abu Bakar lagi, sebagai pemimpin Islam, Zambry haruslah mempunyai ilmu dalam membezakan isu sebenar dalam sesuatu perkara.

"Isunya seorang pemimpin, takkan selemah tu ilmu dia, tak boleh nak bezakan antara yang bercanggah dan tak bercanggah dengan agama, itu isu dia bukan isu hasad dengki dan sebagainya," ulas beliau.

Malah Abu Bakar menganggap Zambry tidak patut cuba berdolak-dalik dan menyalahkan bekas Menteri Besar dari PAS Datuk Seri Dr Nizar Jamaluddin yang menyertai acara nyalaan lilin simbolik kematian bekas pembantu Adun Selangor Mendiang Teoh Beng Hock.

Klip video acara Zambry di Kampung Guar itu turut tersebar di laman youtube dan sekaligus membuktikan dia terlibat dari awal hingga akhir.

"Dia sebenarnya berbeza, Nizar dulu dia bukan berada di gereja dan sebagainya jadi lepas itu dia pegang lilin, itu saja, bukan ada kaitan dengan upacara sebagai simbolik sahaja masa itu, dan memang Datuk Nizar pun dah terangkan berbeza dengan Zambry sendiri," kata beliau.


Sumber: TVSNEWS

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009