KUALA LUMPUR 8 NOV: Tindakan kerajaan mengantung Pegawai kanan Biro Tata Negara (BTN) Hamim Husin yang menghamburkan kata-kata berunsur perkauman tidak menyelesaikan masalah politik perkauman sempit Barisan Nasional, ujar Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.
Katanya, pemerintah Umno-Barisan Nasional(BN) secara aktif mempropaganda dan mempromosikan fahaman politik perkauman yang sempit.
"Kita harap kursus seperti Biro Tata Negara (BTN), yang tidak selaras dengan prinsip berbilang kaum dapat dibetulkan.
"Kita harap persepsi dan juga fahaman perkauman dapat diperbetulkan di semua peringkat kerajaan," ujar beliau.
Berhubung hukuman yang dikenakan terhadap pegawai kerajaan terbabit, beliau berkata tindakan kerajaan yang lambat bertindak mencerminkan betapa seriusnya masalah tersebut.
"Sungguhpun tindakan sudah diambil, ia tidak menyelesaikan masalah kerana fahaman ini sudah tersebar," tegasnya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.
Sementara itu , bagi Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff berkata kerajaan Umno-BN tidak memandang serius isu perkauman.
"Ini menunjukkan bahawa gagasan 1 Malaysia yang kononnya membawa agenda inklusif merupakan satu retorik.
"Bagi saya, komitmen kerajaan hanya akan diyakini kalau dibuktikan dengan tindakan," katanya ketika ditemui TV Selangor.
Ujarnya, isu itu penting kerana ia berlaku di peringkat pendidikan yang berbeza dengan peringkat-peringkat yang lain.
"Kalau isu pendidikan sebegitu pun tidak diberikan perhatian yang tegas, mana mungkin kerajaan akan mengambil tindakan kalau berlaku di tempat kerja atau tempat awam.
"Jawapan yang diberikan oleh Menteri tidak menggambarkan komitmen dan retorik 1 Malaysia yang bertepatan apabila Pakatan Rakyat menolaknya," tegas Yusmadi.
Dalam pada itu, beliau turut membidas tindakan kerajaan yang hanya bertindak menghukum individu terbabit selepas diasak oleh Ahli Parlimen kedua-dua belah pihak di Dewan Rakyat.
"Pada pandangan saya, BN masih lagi ditunjangi dengan politik perkauman sempit ala Umno yang berlawanan dengan agenda 1 Malaysia," ujar beliau.
Sumber: TVSNEWS

0 comments:
Post a Comment