AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Monday, October 11, 2010

Walaupun Guna Rahimi Umno-BN Tidak Mampu Sekat Kemaraan PR

johari1
SHAH ALAM 11 Okt - Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul menyifatkan dakwaan bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhamad Rahimi Osman dipaksa menandatangani akuan bersumpah kes Fitnah II sebagai terlalu kerdil untuk menyekat gelombang kemarahan rakyat terhadap Umno-Barisan Nasional.

"Bagi saya, ini lebih merupakan serangan politik dan bukannya pertuduhan jenayah.

"Apa yang terjadi adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan menggunakan taktik dan skrip yang sama yang dilakukan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semasa konspirasi menjatuhkan timbalannya ketika itu.

"Dr Mahathir menggunakan seluruh jentera kerajaan termasuk pihak polis dan peguam negara untuk bersengkokol dengan beliau," ujar beliau. Menurut Johari, serangan politik itu telah menyebabkan Umno-Barisan Nasional kehilangan lima buah negeri serta dua pertiga majoriti di Parlimen.Tindakan serupa yang dibuat Najib akan menyebabkan Umno-BN akan kehilangan satu Malaysia.

"Najib nampaknya tidak belajar daripada kesilapan. Kehidupan manusia ini singkat tetapi nilai kemanusiaan itu akan berkekalan. "Rakyat akan terus bercakap dan perkara yang difikir secara logik akal dan tidak boleh diterima akan ditolak," kata Johari kepada Suara Keadilan.


Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009