AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Tuesday, October 12, 2010

Saya Tidak Paksa Rahimi - Latheefa


KUALA LUMPUR, 12 OKT: Latheefa Koya dan Saiful Izham bersama dua peguam lain dilihat keluar dari Kompleks Polis Bukit Perdana tepat jam 12 tengahari selepas memberi keterangan kepada polis berhubung aduan bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rahimi Osman minggu lalu.

Dalam kenyataannya kepada polis, Latheefa menyangkal tuduhan Rahimi yang menuduh beliau dan Saiful Izham memaksanya menandatangani akuan bersumpah mengaitkan nama Perdana Menteri dan isteri dalam kes kospirasi kedua terhadap Anwar Ibrahim.

Latheefa yang ditemubual media berkata, beliau mengesahkan Rahimi hadir dengan kereta berasingan ke pesuruhjaya sumpah pada 1 Julai 2008 untuk menandatangani akuan bersumpah kedua dihadapan Pesuruhjaya Sumpah selain akuan pertama yang dibuat 29 Jun 2008 disaksikan Ahli Parlimen Wangsa Maju yang juga peguam, Wee Choo Keong di Hotel Quality, Shah Alam.

"Saya rasa tiada perkara baru tapi saya mahu maklumkan bahawa Pesuruhjaya Sumpah, S. Selvarajah mengesahkan Rahimi tandatangan akuan bersumpah tersebut di hadapan beliau dan dia membuat secara sukarela," jelas beliau.

Walaubagaimanapun, Latheefa berkata beliau dan Saiful Izham tidak dibenarkan mendapat salinan akuan bersumpah terbaru oleh Rahimi.

Kedua-dua peguam PKR itu disiasat hampir dua jam oleh Superintendan Baharuddin Hj Idris dan Krisnan Nair dibawah seksyen 199 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara 3 tahun jika disabit kesalahan memberi kenyataan palsu.

Dalam pada itu, peguam S. Surendran yang mewakili Latheefa Koya berkata menjadi satu kesalahan jenayah sekiranya individu menukar akuan bersumpah bertentangan dengan kenyataan yang dibuat sebelum ini.

Tambah beliau, jangkamasa dua tahun bermula Jun 2008 yang diambil Rahimi untuk keluar semula menukar kenyataan menjadi tanda tanya selain percaya ada dalang disebalik kospirasi ini.

"Ingat ini adalah versi Rahimi yang dibuat selepas dua tahun selepas kejadian. Adakah dia ditahan di Quality Hotel selama dua tahun? Tidak. Dia bebas seperti burung. Jadi apa yang membuatkan beliau tidak keluar membuat laporan polis," tegas Surendaran.

Beliau turut mengesa polis agar menyiasat Rahimi secepat mungkin dan mendakwa beliau membuat akuan bersumpah palsu.

Menurut Surendran, akuan bersumpah hanya dijadikan bahan mainan individu tertentu apabila beliau merujuk kes P.I Bala yang menukar akuan bersumpah berhubung pembunuhan kejam Altantuya yang dikaitkan dengan Perdana Menteri Najib Razak dan isteri Rosmah Mansor.


Sumber: TVSelangor

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009