AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Monday, October 4, 2010

Rakyat Sabah Kagumi Kaedah Pemilihan Langsung KEADILAN


PENAMPANG 4 Okt – Kaedah pemilihan secara langsung yang diperkenal KEADILAN digemari, bahkan dikagumi rakyat Sabah yang menganggapnya sebagai kaedah yang adil dan wajar kerana memulangkan hak memilih kepada ahli akar umbi.

Mengakui wujud beberapa kelemahan, Naib Presiden PKR, Dr Jeffery Ketingan berkata, kaedah yang pertama kali diguna pakai parti politik di negara ini, menzahirkan demokrasi tulen.

“Ahli parti di Sabah sangat baik responnya kalau hari ini kita lihat satu contoh ramai yang datang untuk menunjukkan minat mereka, kesanggupan mereka untuk datang dan mengundi,” katanya dipetik daripada TV Selangor.

Beliau berkata, ahli parti rakyat Sabah menyatakan sokongan terhadap pelaksanaan corak pemilihan langsung tetapi menggesa Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) memperbaiki sistem sedia ada.

Menganggap masalah pemilohan sentiasa wujud dalam mana-mana parti politik, Dr Jeffery mendapati kebanyakan ahli parti berpuas hati dengan pelaksanaan proses pemilihan langsung itu dan berharap ia diteruskan pada masa depan.

Ketua Cabang Papar, James Ghani yang hadir sebagai pemerhati pula menyifatkan kehadiran lebih 3,000 ahli parti cabang Penampang menunjukkan minat dan sokongan ahli parti, khususnya masyarakat Kadazan Dusun.


Sumber: Selangorkini

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009